Translate

07 November 2013

Shahiezy Sam Shocked That His Restaurant Has Been Closed

Shahiezy Sam Terkejut Restorannya Ditutup?


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Pelakon Shahiezy Sam menjelaskan tidak mengetahui situasi sebenar restoran miliknya iaitu Best Time Family Cafe & Grill yang dilaporkan telah ditutup sejak beroperasi enam bulan lalu.
 
Aktor yang mesra disapa Sam, 31, itu berkata, dia telah menyerahkan urusan menguruskan restoran berkenaan kepada dua rakan kongsinya iaitu ibu saudara dan kakaknya, pelakon Zizie Ezzette.
 
"Sebenarnya terus terang saya tidak mengetahui situasi sebenar restoran tersebut kerana saya tidak menguruskan restoran tersebut tetapi diuruskan oleh ibu saudara dan kakak saya.
 
"Saya tidak dapat menjelaskan sama ada ia telah pun ditutup atau pun masih beroperasi buat masa ini," katanya.
 
..
 
Tambah Sam, dia masih tidak berkesempatan untuk mengetahui situasi sebenar mengenai perniagaan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.
 
"Bukannya saya lepas tangan tetapi memang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tidak sempat untuk bertanya mengenai keadaan restoran berkenaan", katanya.
 
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED