Translate

15 November 2024

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'



Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'

Bernama

15/11/2024


Sime memperkenalkan slogan baharu, "Bridging Opportunities", sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula.


KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd (Sime) dijenamakan semula sebagai 'Sime' untuk mencerminkan visi kumpulan pada masa depan dan fokus strategiknya yang diperbaharui bagi menjadi peneraju dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.

Sime Darby Bhd dijenamakan semula sebagai 'Sime' untuk mencerminkan visi masa depan dan fokus strategik baharu dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.

Sime memperkenalkan slogan baharu, "Bridging Opportunities", sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula.

Ditubuhkan pada tahun 1910, Sime kini mempunyai lebih 30,000 pekerja di 18 negara dan wilayah, dengan fokus pada peralatan industri teras dan perniagaan automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Jeffri Salim Davidson berkata selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

"Kami amat teruja dengan prospek luas di Asia-Pasifik dan memberi tumpuan kepada pihak berkepentingan dengan memberi perkhidmatan lebih baik dan mewujudkan identiti tersendiri dalam pasaran.

"Saya berpendapat ini adalah hari penting untuk Sime Darby...kami berdebat mengenai perkara ini, Sime Darby telah banyak berubah daripada apa yang berlaku tujuh, 20 tahun lepas.

"Kami adalah sebuah syarikat multinasional yang sangat progresif di rantau Asia Pasifik," katanya pada majlis penjenamaan semula Sime Darby, di sini hari ini.

Justeru, Jeffri berkata, Sime Darby perlu dijenamakan semula bagi mempamerkan ia adalah sebuah syarikat yang progresif. Bagaimanapun nama syarikat kekal sebagai Sime Darby Bhd, hanya logo dan penjenamaan telah berubah.

"Kenapa sekarang? (penjenamaan semula)...sebab sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya. Kami hampir menyelesaikan fasa satu pelupusan perniagaan bukan teras, kini kami telah mengambil alih semua syarikat yang terlibat dengan kereta dan ruang industri," katanya.

Selaras dengan usaha penjenamaan semula, Sime turut memperkenalkan slogan baharunya - "Bridging Opportunities".

Ditubuhkan pada tahun 1910, Sime telah berkembang secara konsisten, beberapa tahun lepas kumpulan itu telah memberi tumpuan kepada peralatan industri teras dan perniagaan automotif, ia berjaya memperkemas portfolionya melalui pelupusan strategik.

Hari ini, ia mempunyai lebih 30,000 pekerja di 18 negara dan wilayah.

Syarikat itu berkata identiti jenama baharunya akan dilancarkan secara berperingkat merentasi semua operasi Sime dalam beberapa bulan akan datang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED