Translate

15 November 2024

Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji



Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji

Bernama

15/11/2024


Amirudin (tiga kiri) menunjukkan buku Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini. --fotoBERNAMA


SHAH ALAM: Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat.

Penjawat awam negeri Selangor akan menerima BKK dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat, dengan satu bulan dibayar pada 31 Disember dan sebulan lagi pada 25 Mac tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan BKK ini sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha penjawat awam dalam pembangunan negeri.

Selangor mencapai beberapa rekod membanggakan, termasuk menjadi negeri pertama di Malaysia dengan nilai ekonomi mencecah RM400 bilion dan peningkatan kedudukan kewangan negeri kepada RM4.36 bilion.

Pengumuman berkenaan dibuat Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di sini hari ini bagi menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan penjawat awam negeri itu dalam pembangunan negeri.

"Suka saya mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan kepada BKK sebelum ini iaitu pada 1 Feb lepas dan Aidilfitri baru-baru ini.

"Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Dis depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun hadapan bersempena menyambut Aidilfitri," katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata untuk keseluruhan tahun lepas, Selangor mencapai beberapa rekod membanggakan, antara lain menjadi negeri pertama di Malaysia merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 bilion.

"Tambahan kepada itu, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik COVID-19 yang menyaksikan kedudukan kewangan negeri turut meningkat sebanyak RM751 juta kepada RM4.36 bilion.

"Kesemua ini adalah hasil tekad, usaha dan komitmen seluruh pasukan, ketua jabatan, termasuk pegawai-pegawai di kesemua sembilan daerah merangkumi 12 pihak berkuasa tempatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED