Translate
01 November 2024
Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS
Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS
Bernama
01/11/2024
Innes berkata data ekonomi AS baru-baru ini dijangka menambah tekanan terhadap ringgit hari ini, terutama memandangkan jangkaan kepada penurunan kadar Rizab Persekutuan AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes mengulas mengenai pergelutan ringgit baru-baru ini dan katanya kebimbangan sebelum pilihan raya telah mengakibatkan pelabur resah.
"Pilihan raya AS yang akan datang kekal sebagai faktor risiko utama, dengan keputusan pilihan raya yang tidak boleh dijangka, mencetuskan potensi yang tidak menentu di pasaran tukaran asing," katanya kepada Bernama.
Innes berkata data ekonomi AS baru-baru ini dijangka menambah tekanan terhadap ringgit hari ini, terutama memandangkan jangkaan kepada penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed).
Perubahan ini menyusuli keluaran data inflasi AS yang kukuh, menunjukkan daya tahan yang lebih besar berbanding jangkaan.
Menurut laporan, kadar inflasi AS berada pada 2.1 peratus pada September, paras terendah sejak awal 2021 dan melebihi sasaran 2 peratus Fed.
"Faktor yang tidak dapat dijangka hari ini adalah laporan senarai gaji bukan ladang (NFP).
"Memandangkan mogok pekerja baru-baru ini dan gangguan berkaitan taufan, NFP mungkin berprestasi rendah, yang seterusnya boleh menurunkan dolar AS," katanya.
Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pagi ini.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6422/6487 daripada 5.6877/6942 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 2.8786/8821 daripada 2.8591/8625,dan rendah berbanding euro kepada 4.7619/7673 daripada 4.7430/7485 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.1 daripada 278.5/279.0 semasa ditutup pada Rabu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3150/3193 daripada 3.3080/3120 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.51/7.52 sebelum ini.
Bagaimanapun mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9300/12.9539 daripada 12.9837/13.0047.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 The High Court today ordered imprisoned ex...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 19:30 MYT The High Court today ordered im...
-
"It's hard to find true friends" - Najib Razak Astro Awani 31/10/2024 KUALA LUMPUR: When faced with the prosecution in court...
-
Govt initiatives benefit all, including Indian community - Gobind Bernama 31/10/2024 Digital Minister Gobind Singh Deo spoke at the 2024 Dee...
-
Tawaran kerja AS susut, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Bernama 30/10/2024 Pada 8.03 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.3675/38...
-
Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis Astro Awani 27/10/2024 Naazron Abdul Yusof berkata, p...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB Bernama 12/10/2024 Edisi pertama Jualan Tengah Mal...
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Indecent dress run: Three men were arrested to help with the investigation Screen capture of participants dressed indecently in the 2024 Pa...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Astro Awani 08/10/2024 Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air...
-
Property tycoon Ong Beng Seng charged with two offences linked to Iswaran's case 04 Oct 2024 SINGAPORE - Property tycoon Ong Beng Sen...
Blog Archive
-
▼
2024
(3818)
-
▼
Nov 2024
(49)
- Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
- Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan ...
- 'Counter setting: Penguat kuasa Imigresen ditahan ...
- 79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
- Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
- Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya...
- Tiga individu ditahan terlibat tawar khidmat pelac...
- KESALAHAN SEKSUAL KANAK-KANAK | Amang Seksual Fizi...
- KERUGIAN FASHION VALET | Vivy Yusof Mohon Maaf, Ak...
- APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
- Jamal bakal bawa fenomena 'Zack' dalam konsert Feb...
- Apple ambil alih penyunting gambar popular Pixelmator
- KWAP lantik Nazaiful Affendi sebagai Ketua Pegawai...
- Tayangan perdana 'Pendekar Awang' di Istanbul
- MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, dud...
- Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatk...
- Staff at US voting machine firms prep for doxxing,...
- Auditor-General now empowered to audit GLCs
- Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
- Firecracker ban defiance makes New Delhi the world...
- Rumah Presiden MIC dikunjungi Perdana Menteri dan ...
- Maut Ketika Cuba Lolos Diri Daripada Imigresen
- Man slashed by masked attackers at Raub eatery
- WARGA ASING MYANMAR CABAR DAN HlNA P0LlS AKHIRNYA ...
- MISTERI VELLFIRE BERGERAK SENDIRI AKHIRNYA TERBONG...
- PM Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat di Masjid...
- Prosecutors reject Sean 'Diddy' Combs' leak claim,...
- Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini
- Gagal selesai tuntutan hampir RM250,000, syarikat ...
- Indonesia bans sales of Google smartphones days af...
- Two dead, 6 injured in shooting at downtown Orland...
- Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhat...
- Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025
- Waze akan bolehkan anda lapor keadaan jalan gunaka...
- JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan ke...
- Konsert Malam Perayaan Patah Hati Dihentikan, Peng...
- Eks Pejabat Mahkamah Agung Ditangkap, Sita Uang Ha...
- Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam Fashio...
- Motorcyclist killed in crash with jeep in Ipoh
- Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin...
- Canada alleges Indian minister Amit Shah behind pl...
- Former Indonesian minister arrested in sugar corru...
- Shine Muscat grapes in Singapore safe to eat, says...
- Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai pe...
- Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepany...
- Police awaiting details from Russian Embassy on Ma...
- No one left behind: Retirees to enjoy benefits fro...
- Govt initiatives benefit all, including Indian com...
-
▼
Nov 2024
(49)