Translate

24 November 2024

Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun



Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun

Agensi

24/11/2024


Lee Hsien Loong akan berundur daripada jawatan Setiausaha Agung PAP berkuat kuasa hari ini dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Lawrence Wong. - Gambar fail Bernama


SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong akan berundur daripada jawatan tertinggi parti politik itu, hari ini.

Hsien Loong yang juga Menteri Kanan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Lawrence Wong pada Mei lalu.

Pengunduran beliau pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP itu sekali gus, membuka jalan kepada Lawrence untuk mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Agung.

Pada anugerah dan persidangan PAP dwitahunan tahun ini yang berlangsung selama dua hari, satu segmen program itu didedikasikan kepada Hsien Loong dengan tayangan video yang memaparkan penghormatan daripada ahli parti semasa beliau menerajui parti itu.

"Apa sahaja yang saya lakukan sebagai Setiausaha Agung dan sebagai Perdan Menteri, saya telah lakukan dengan bantuan dan sokongan anda dan tidak mungkin dilakukan tanpanya. Saya berterima kasih kepada anda," kata Hsien Loong sambil mengucapkan terima kasih kepada parti itu.

"Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan yang besar untuk saya berkhidmat. Saya sangat gembira kerana kami telah sampai ke tahap ini."

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyeru kepada semua ahli untuk "bekerja keras" pada pilihan raya umum akan datang tahun depan.

Hsien Loong mula dilantik sebagai Setiausaha Agung parti pada November 2004 iaitu tiga bulan selepas beliau menjadi Perdana Menteri Singapura pada Ogos tahun yang sama.

Sejak itu, beliau telah mengetuai 10 Jawatankuasa Eksekutif Pusat atau CEC secara berturut-turut iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti, sepanjang tempoh 20 tahun.

Pada konvensyen PAP tahun lepas, Hsien Loong berjanji akan menyerahkan kepimpinan parti kepada Lawrencen menjelang persidangan tahun ini, yang juga menandakan ulang tahun ke-70 PAP. - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED