Translate

22 November 2024

Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi



Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi

Astro Awani

22/11/2024


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan bercakap pada sidang media mingguan Kabinet, di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.

Ringkasan AI

Penjimatan Kos Penerbangan: Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara, dengan kerajaan menanggung 27% kos dan delegasi perniagaan menanggung 73%.

Penjelasan Fahmi Fadzil: Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa kos penerbangan Perdana Menteri tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat dan syarikat yang mengikuti rombongan menanggung kos mereka sendiri.3, Kehadiran Nurul Izzah Anwar: Kehadiran Nurul Izzah Anwar dalam siri lawatan adalah atas jemputan penganjur sebagai Pengarah Social and Economic Research Initiative (Seri), menggantikan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, yang tidak dapat hadir.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.

“Kerajaan yang menanggung kos penerbangan Perdana Menteri, beliau (Anwar) tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat. Melalui sewaan pesawat khas, kerajaan berjaya menjimatkan kos berbanding menggunakan pesawat sedia ada berjumlah RM2.5 juta. Ini bermakna, terdapat penjimatan lebih RM900,000.

"Saya telah diminta untuk beri penerangan berkenaan isu ini kerana ada beberapa pihak yang cuba memberi bayangan dan persepsi yang terlalu jauh daripada realitinya," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet, di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, syarikat-syarikat yang mengikuti rombongan itu mempunyai niat untuk meluaskan potensi pelaburan.

“Misalnya Petronas mempunyai pelaburan AS$6 bilion di Brazil, maka mereka ikut rombongan tetapi kos mereka tanggung sendiri,” ujarnya.

Fahmi memberikan penjelasan sedemikian susulan terdapat dakwaan yang mengatakan kos penerbangan Anwar dibiayai oleh pihak tertentu.

Ditanya sama ada kerajaan mahu mendedahkan nama-nama syarikat yang membuat tajaan itu, Fahmi berkata media boleh mengajukan soalan berkenaan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Mengulas lanjut, Fahmi turut menjawab mengenai kehadiran Nurul Izzah Anwar semasa siri lawatan Anwar adalah atas jemputan daripada penganjur sebagai Pengarah Social and Economic Research Initiative (Seri).

Malah katanya, jemputan tersebut dibuat selepas isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah tidak dapat menghadiri jemputan berkenaan.

Pada Khamis, Anwar memberitahu kira-kira 70 hingga 80 peratus kos perjalanan dan lawatan rasminya ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti rombongan itu.

Anwar menjelaskan, pendekatan di bawah pentadbirannya itu untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED