Translate

03 November 2024

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS



JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS

Bernama

03/11/2024


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.

JPJ memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz, dan motosikal Honda CB350R kerana isu lampu dan sensor.

Komponen bermasalah akan diganti oleh pengeluar tanpa kos kepada pemilik.

Pemilik akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda untuk pemeriksaan, atau boleh terus ke pusat servis berhampiran.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan dibuat susulan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi melibatkan 2,518 kereta Perodua Alza model 1500 X transmisi boleh laras berterusan (CVT), 1500 H CVT dan 1500 AV CVT serta 1,139 Perodua Aruz model 1500 X dan 1500 AV.

Bagi Honda CB350RS, katanya, ia ia melibatkan 65 motosikal yang dikesan mempunyai permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS), kawalan cengkaman dan meter had laju tidak tepat.

"Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pengeluar kenderaan berkenaan iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd.

"Setiap pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik turut dibenarkan 'walk-in' ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan semua pemilik kenderaan bagi model yang terlibat untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, semua pemilik kenderaan berkenaan digalakkan menghubungi Perodua di talian 1-800-88-6600, melayari laman sesawang https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.

Pemilik motosikal Honda CB350R boleh menghubungi Boon Siew Honda di talian 1-800-88-3993 atau https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED