Translate

03 November 2024

Harris dahului di Iowa yang dimenangi Trump pada 2016, 2020 - Tinjauan



Harris dahului di Iowa yang dimenangi Trump pada 2016, 2020 - Tinjauan

Bernama

03/11/2024


Menurut keputusan tinjauan itu, Harris (gambar) disokong oleh 47 peratus responden manakala Trump disokong oleh 44 peratus. - Foto REUTERS


MOSCOW: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Parti Demokrat dalam pilihan raya akan datang Kamala Harris, mendahului pesaingnya daripada Parti Republikan dan bekas ketua Rumah Putih Donald Trump di negeri Iowa yang dimenangi Trump dua kali dalam pemilihan sebelum ini.

Bagaimanapun, kelebihan itu berada dalam margin kesilapan -- sebanyak tiga mata peratusan, menurut tinjauan terbaru oleh Des Moines Register dan Mediacom, lapor Sputnik//RIA Novosti

Menurut keputusan tinjauan itu, Harris disokong oleh 47 peratus responden manakala Trump disokong oleh 44 peratus.

Trump memenangi Iowa dua kali: pada 2016, ketika beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang Hillary Clinton, dan pada 2020, apabila pesaingnya ialah penyandang Presiden Joe Biden.

Tinjauan itu dijalankan dari 28 hingga 31 Okt melibatkan 808 pengundi yang berkemungkinan. Margin kesilapan ialah 3.4 mata peratusan.

Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 Nov.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED