Translate
01 November 2024
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Bernama
01/11/2024
Pelaksanaan operasi susulan statistik membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Beliau berkata operasi hingga 31 Dis itu, memfokuskan kepada lapan kesalahan utama antaranya tiada lesen memandu, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans dan melanggar isyarat lalu lintas.
"Empat lagi kesalahan tumpuan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya ialah ubah suai kenderaan, tidak memakai topi keledar, lumba haram dan kesalahan teknikal lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata pelaksanaan operasi berkenaan susulan statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan maut secara bulanan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berkata rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 70 peratus kadar kemalangan dengan kematian melibatkan motosikal atau 1,908 kes dilaporkan secara bulanan.
"Strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang serta pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan," katanya.
Aedy Fadly berkata penunggang atau pembonceng motosikal dimohon untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan serta bertoleransi bersama pengguna yang lain, demi keselamatan ketika di jalan raya.
"Usaha ini juga untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara ini selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
"JPJ turut menyeru kepada orang awam untuk melaporkan aduan secara terus menerusi Aplikasi MyJPJ : e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my berserta dengan butiran lengkap aduan," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 The High Court today ordered imprisoned ex...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 19:30 MYT The High Court today ordered im...
-
"It's hard to find true friends" - Najib Razak Astro Awani 31/10/2024 KUALA LUMPUR: When faced with the prosecution in court...
-
Govt initiatives benefit all, including Indian community - Gobind Bernama 31/10/2024 Digital Minister Gobind Singh Deo spoke at the 2024 Dee...
-
Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis Astro Awani 27/10/2024 Naazron Abdul Yusof berkata, p...
-
PM takes note over minimum wage, mandatory EPF contribution - Fahmi Bernama 26/10/2024 Communications Minister Fahmi Fadzil at the weekly p...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB Bernama 12/10/2024 Edisi pertama Jualan Tengah Mal...
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024 Bernama 03/10/2024 Abu Bakar berkata Matrade kekal fokus dalam menyokong pe...
-
Indecent dress run: Three men were arrested to help with the investigation Screen capture of participants dressed indecently in the 2024 Pa...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Astro Awani 08/10/2024 Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air...
Blog Archive
-
▼
2024
(3784)
-
▼
Nov 2024
(15)
- JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan ke...
- Konsert Malam Perayaan Patah Hati Dihentikan, Peng...
- Eks Pejabat Mahkamah Agung Ditangkap, Sita Uang Ha...
- Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam Fashio...
- Motorcyclist killed in crash with jeep in Ipoh
- Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin...
- Canada alleges Indian minister Amit Shah behind pl...
- Former Indonesian minister arrested in sugar corru...
- Shine Muscat grapes in Singapore safe to eat, says...
- Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai pe...
- Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepany...
- Police awaiting details from Russian Embassy on Ma...
- No one left behind: Retirees to enjoy benefits fro...
- Govt initiatives benefit all, including Indian com...
-
▼
Nov 2024
(15)