Translate
17 November 2024
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
Bernama
17/11/2024
SHAMSUL AZRI: Keutamaan saya adalah untuk mereformasi perkhidmatan awam dan antara inti pati saya adalah kita mesti menyemak semula setiap tiga tahun. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menjelang 100 hari sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar tekad memperkukuhkan matlamat reformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Dilantik secara rasmi pada 12 Ogos, beliau menerima arahan pertamanya pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar mesej ringkas tetapi jelas: "Please start your reform now (Sila mulakan pembaharuan anda sekarang)".
"Oleh itu, keutamaan saya adalah untuk mereformasi perkhidmatan awam dan antara inti pati saya adalah kita mesti menyemak semula setiap tiga tahun, sekurang-kurangnya 25 peratus daripada peraturan, prosedur yang membebankan dan merosakkan (kepercayaan) pelanggan tu, kita kena kurangkan," katanya kepada Bernama menerusi wawancara khas bersempena 100 hari pelantikannya sebagai KSN ke-16 yang jatuh pada 19 Nov ini.
Menurut Shamsul Azri, terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam perkhidmatan awam dan reformasi adalah penting sebagai asas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Berusia 55 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat, Shamsul Azri berkata beliau menjadikan falsafah yang pernah diungkap oleh Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy 'ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country' (jangan tanya apa negara boleh lakukan untuk anda, tanya apa yang anda boleh lakukan untuk negara) sebagai motivasi pada awal kerjayanya.
Berkongsi pengalaman dalam tempoh 100 hari pertama menerajui perkhidmatan awam, beliau tidak menolak hakikat wujudnya beberapa cabaran utama yang memerlukan pendekatan baharu dan segar.
"Cabaran pertama adalah mengubah cara pemikiran, tindakan dan budaya kerja. Reformasi yang melibatkan rasionalisasi sektor awam, termasuk Badan Berkanun Persekutuan dan CLBG (Syarikat Berhad Menurut Jaminan) memerlukan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.
"Cabaran kedua ialah memastikan peraturan lapuk serta tidak mesra perniagaan dikaji dan diperbaharui, tanpa mengorbankan integriti dan tatakelola. Seperti disebut oleh Perdana Menteri sebagai 'Islah Masta To'tum' iaitu melaksanakan penambahbaikan semampu mungkin untuk memastikan perkhidmatan awam kekal relevan dan efisien," katanya.
Cabaran ketiga pula adalah berkaitan sistem dan prosedur kerja konvensional yang telah lama diamalkan, dan dengan kemajuan digitalisasi, penyampaian perkhidmatan secara fizikal semakin beralih kepada perkhidmatan dalam talian.
"Setakat ini, pelaksanaan perkhidmatan secara dalam talian atau E2E telah mencapai tahap 70 peratus, namun beberapa sistem dan prosedur masih perlu diubah untuk meningkatkan kelajuan dan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, sebagai usaha membawa transformasi, Shamsul Azri menekankan nilai semangat M.E.R.D.E.K.A - Menumpah Taat Setia, Empati Kepada Rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik, dan Amanah - yang beliau perkenalkan kepada penjawat awam sebagai panduan untuk perkhidmatan yang lebih telus dan berorientasikan rakyat.
Beliau turut mengajak warga perkhidmatan awam untuk menghayati nilai M.A.L.A.Y.S.I.A - Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah, dan Arif - sebagai pegangan dalam menyokong matlamat reformasi yang diimpikan untuk negara.
Dengan semangat ini, beliau tekad menjayakan reformasi perkhidmatan awam yang menepati aspirasi rakyat, membina perkhidmatan berlandaskan integriti dan menyampaikan hasil lebih baik kepada negara.
Shamsul Azri berkata beliau berhasrat untuk bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan semua 1.6 juta penjawat awam, namun mengakui berdepan dengan keterbatasan dari segi masa dan lokasi.
"Oleh itu, saya menggalakkan penjawat awam untuk mengikuti akaun media sosial saya di Facebook (Shamsul Azri bin Abu Bakar), Instagram (@shamsulazri.abubakar), dan Twitter (@shamsulazribakr), bagi mengikuti perkembangan serta berkongsi agenda reformasi perkhidmatan awam.
"You will never walk alone (Anda tidak bersendirian)," katanya, memetik slogan kelab bola sepak Inggeris yang diminatinya, Liverpool.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Tun Daim Zainuddin passes away 13/11/2024 KUALA LUMPUR: Former Finance Minister Tun Daim Zainuddin reportedly died this morning at the age ...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Dalam perkembangan terbaru dakwaan skandal rasuah, seorang pemberi maklumat mengeluarkan video tambahan, di samping lapan video perb...
-
RM800K and counting, Astro defends stories that matter in the battle against piracy Astro Awani 15/11/2024 Astro’s anti-piracy mission exten...
-
ZHUHAI, China, Nov 12 (Reuters) - A driver rammed his car into a crowd at a sports centre in southern China, killing 35 people and sever...
-
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu Bernama 14/11/2024 Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukur...
-
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis Bernama 16/11/2024 Tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4238)
-
▼
Nov 2024
(469)
- JKN Perak Pantau Restoran Cuci Periuk Tepi Longkang
- Sebutan semula kes pemandu wanita langgar pelajar ...
- Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
- Melaka tarik semula gelaran 'Datuk' CEO GISB
- Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada...
- MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, ...
- Oprah Winfrey ambushed over claims she was paid $1...
- Lorry driver in fatal container accident claims tr...
- MCMC tells news portal to remove content on Sabah ...
- FBI Raids Polymarket CEO After Platform Predicts T...
- KERETA SAGA DIHENTAM KENDERAAN IRING VIP‼️GADIS TR...
- Johor - Singapore Causeway - World's Busiest Land ...
- KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu ...
- Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan...
- Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi su...
- The Danish beauty is the 73rd Miss Universe
- Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruha...
- Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pel...
- Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tudu...
- Sugar overload: A growing threat to kidney function
- More than 800 million adults have diabetes globall...
- Trump spends hours at UFC fight at Madison Square ...
- Ringgit advances as domestic optimism offsets US r...
- Around 1,500 killed in Bangladesh protests that ou...
- Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata
- SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntut...
- Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anu...
- Penerbangan sulung AAX ke Nairobi rekod faktor mua...
- 100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh age...
- Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had ...
- Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selama...
- Mike Tyson-Jake Paul fight gets over 60 million li...
- Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Ind...
- PM Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, had...
- Sri Lankan president's coalition wins big majority...
- Chinese social media reels over young woman's ille...
- Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di...
- GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula D...
- 3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air...
- Banduan tahanan rumah akan dipakaikan peranti peng...
- Two Pakistani men nabbed in passport forgery crack...
- Trailer driver arrested following fatal accident i...
- Sultan Sharafuddin isytihar Gombak-Hulu Langat Geo...
- Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis je...
- After 8 rounds, Mike Tyson died at the hands of Ja...
- Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pil...
- Komposer veteran Datuk S Atan meninggal dunia
- Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap Diserbu, 61 Dit...
- Spain Arrests Top Cop After $21 Million Found in W...
- Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelabur...
- Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video ...
- MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiar...
- Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia
- KEPALA AIR | 3 Lemas, Bot Dinaiki Terbalik Ketika ...
- Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
- Edited clip of PM's CNN interview gives wrong impr...
- Selangor Budget 2025: Entertainment duty reduction...
- S'gor first state in Malaysia to hit RM400bil econ...
- IGP 'hurt', 'disappointed' by lack of integrity of...
- Selangor govt tables RM3 billion state budget for ...
- Pengurus syarikat didakwa guna mesin cetak tanpa l...
- Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
- Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situas...
- Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM...
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
- Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji
- Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
- KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026
- 11,397 public toilets have been upgraded within tw...
- Ford fined with US second-largest penalty in histo...
- Malaysia's removal from US Treasury monitoring lis...
- Govt sticks to Jan 1, 2025 deadline for social med...
- BNM: Existing mega projects will continue to suppo...
- RM800K and counting, Astro defends stories that ma...
- JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
- Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bili...
- "Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk aka...
- KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
- TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM...
- PM meets with Google, discusses boosting AI and da...
- Malaysia experiences slower population growth Q3 2...
- 'Never heard of him:' Surprise and questions greet...
- Pemandu kereta dicekup polis kerana himpit dan lan...
- 14,396 pengguna di Malaysia guna '123456' sebagai ...
- Pemandu lori kontena hempap kereta direman 4 hari
- Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual ter...
- KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen ...
- Bytedance perkenal sokongan integrasi akaun TikTok...
- Pesara kanan TUDM didenda RM150,000 kerana terima ...
- CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah le...
- Thailand setuju jika Malaysia bina tembok keselama...
- Shuib mengaku tidak bersalah atas 6 pertuduhan gag...
- Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tany...
- KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengiku...
- Trump, Biden discuss Ukraine and Middle East in 'c...
- Indonesian president says he will safeguard sovere...
- Trump taps loyalists with few qualifications for t...
- Over 200 foreign children, guardians at Baitul Mah...
- Cabinet agrees in principle for MKN, JPM to coordi...
- JPJ to expand MyLesen B2 Programme to IPT, public ...
-
▼
Nov 2024
(469)