Translate

29 September 2024

SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet



SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet

Sinar Harian

29/09/2024



SPRM mengesahkan pihaknya telah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu 1BestariNet. - Gambar fail

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.

Menurut sumber, perjumpaan itu dibuat oleh pegawai penyiasat kes pada minggu lepas.

"Pegawai penyiasat telah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini (1BestariNet).

"Siasatan kes ini masih dijalankan termasuk tindakan SPRM mendapatkan dokumen berkaitan dan keterangan beberapa individu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad mengesahkan perkara ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Sinar Harian pada 6 September lalu melaporkan kenyataan Maszlee bahawa isu membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

Dalam pendedahannya itu, Maszlee memberitahu Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya berbuat demikian, di atas permintaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 26 September lalu, Azam memaklumkan siasatan dijalankan akan melihat kepada pembekalan data internet terhadap 8,000 sekolah di seluruh negara.

Azam berkata, mengikut kontrak 1BestariNet, perkhidmatan internet perlu dibekalkan kepada sekolah di seluruh negara mengikut kelajuan dan jumlah data yang ditetapkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion. - Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 7 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 1 min ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 8 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 9 hrs 12 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 9 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 9 hrs 57 mins ago