Translate
23 September 2024
Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan
Amang seksual: Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan
Bernama
23/09/2024
Hakim dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit dan tiada kekhilafan oleh hakim bicara (Mahkamah Sesyen) dalam menjatuhkan hukuman terbabit. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Seorang bekas guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah kekal dipenjara sembilan tahun dengan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, enam tahun lepas.
Ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuan akhir Mohd Shahril Shaffie, 38, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 2020.
Hakim Ahmad Zaidi dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit dan tiada kekhilafan oleh hakim bicara (Mahkamah Sesyen) dalam menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap perayu serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari 2023.
Ahmad Zaidi berkata mahkamah juga tidak bersetuju dengan peguam perayu bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara adalah terlalu tinggi.
"Dalam kes ini, perayu ialah tenaga pengajar yang diamanahkan untuk membimbing kanak-kanak tetapi telah menyalahgunakan kedudukannya sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma dan nama baik sekolah turut terjejas akibat tindakan perayu.
"Kesalahan dilakukan perayu adalah serius. Oleh itu, rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman ditolak," kata Ahmad Zaidi yang turut memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin.
Mohd Shahril didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu antara pukul 12.15 hingga 12.45 tengah hari pada 22 Nov 2018 di rumahnya (tertuduh) di Subang Bestari, Shah Alam, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pada 30 Sept 2020, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali turut mengarahkan Mohd Shahril mengikuti khidmat kaunseling pemulihan selama lapan tahun dan berada dalam pengawasan polis untuk tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom berhujah bahawa mangsa trauma dengan kejadian yang berlaku terhadapnya dan kesan trauma itu turut dialami ibu bapa mangsa.
"Ibu dan bapa mangsa dalam keterangan mereka menyatakan mangsa dibawa berjumpa dengan pakar kaunseling untuk memulihkan kesan trauma pada anak kecil yang ketika itu berusia 10 tahun lapan bulan akibat kejadian tersebut.
"Bapa mangsa dalam keterangannya di mahkamah berkata beliau tidak menyangka seorang ustaz yang mengajar anaknya telah melakukan perbuatan sedemikian dan ibu mangsa pula menyatakan sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat kini ialah tempat yang tidak selamat untuk anak-anak," kata Mohamad Arif yang turut memohon agar rayuan perayu ditolak.
Peguam Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin yang mewakili Mohd Shahril pula berkata anak guamnya telah insaf dan memohon agar mahkamah memberikan peluang kedua untuk dia kembali berbakti kepada anak bangsa.
"Anak guam saya seorang duda dan mempunyai tanggungan ibu bapa, masing-masing berusia 63 dan 65 tahun selain perayu turut mengalami masalah gelincir cakera (slip disc)," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke Bernama 25/11/2024 According to Transport Minist...
-
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Astro Aani 25/11/2024 Majlis Kerja Tertinggi UMNO se...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
Blog Archive
-
▼
2024
(4552)
-
▼
Sept 2024
(381)
- Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenj...
- Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke a...
- Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai -...
- Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pe...
- Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan...
- Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaa...
- Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung ...
- Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas ken...
- Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman le...
- Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
- GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercaya...
- Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu G...
- GISBH: Remand period of several individuals extended
- Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil...
- 80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram
- Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat ...
- Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan ke...
- Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
- Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel k...
- Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber
- Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
- UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil
- UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni...
- Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima la...
- Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Univers...
- Rumah sampah KLCC terbakar
- Chelsea 4-2 Brighton | P4LMER bags ALL FOUR! - HIG...
- SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
- Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena...
- 'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disamb...
- PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebes...
- Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadap...
- Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tida...
- Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepad...
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang ...
- Unity Government leaders congratulate Syed Hussien...
- Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi D...
- PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
- Pope Francis, pressed by Belgium on sexual abuse, ...
- Mahkota voters go to the polls today
- LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majl...
- Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Gov...
- JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
- Naomi Campbell banned as charity trustee after pro...
- Malaysia eyes global AI hub status with AWS RM29.2...
- 83,700 students to benefit from "Anak Kita" progra...
- Saudi Arabia forms global alliance to push for Isr...
- Najib: BOD's job to manage SRC funds
- GISBH probe: Remand of four individuals extended
- Najib: US$70mil account is for CSR, not personal use
- PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual r...
- 56 years of Al-Arqam: From child exploitation to c...
- Dua Penjenayah Ditembak Mati
- Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diikt...
- Ahli GISBH rotan kanak-kanak kena penjara 10 tahun
- Former school assistant fined RM20,000 for falsify...
- Polis sahkan Syed Hussien tiada rekod sabitan jenayah
- AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk berop...
- Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding...
- PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
- No more single-use plastic bags at 20 retail chain...
- Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna se...
- JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa ...
- JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani i...
- Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran...
- Malaysia di tangga ke-33 dalam Laporan Indeks Inov...
- KPDN conducting review of E-Commerce legislation t...
- NRES directs METMalaysia to review SOP on preparat...
- Act 852: A proactive step to safeguard public heal...
- HSR: Konsortium China-M'sia dalam pertimbangan lep...
- Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan j...
- Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing te...
- JAIS siasat 612 individu terkait GISB - Exco Agama
- PM Anwar Ibrahim - "Peralihan Tenaga Untuk Kesejah...
- Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos ...
- Sinkhole at Bunga Raya complex suspected to be cau...
- Fahmi confirms termination of J-Kom Director-Gener...
- Najib testifies he had no control over SRC interna...
- CCID nabs 17 over RM32.9mil investment scam
- Anura Kumara Dissanayake sworn in as Sri Lanka's n...
- Marxist AKD Takes Charge as Sri Lanka's President ...
- Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
- Terre Haute's singing janitor wins America's Got T...
- Ira Kazar minta RM3,000, tapi Syamsul perlu bayar ...
- Helikopter bawa petugas KKM kembali dengan selamat
- Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam...
- Bukit Aman probing Melbourne video of Jalur Gemila...
- Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah
- Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Komplek...
- Sri Lankan president dissolves parliament, calls f...
- Four suspects linked to GISBH remanded for three days
- Najib denies directing SRC through Nik Faisal, cou...
- Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
- Strengthening Ringgit: MAPIM urges cross-politics ...
- Floods cause UK travel disruptions despite improve...
- Asian shares rally as China introduces largest sti...
- GISB: No parents have claimed children rescued in ...
- Blackpink's 'How You Like That' choreography video...
- Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus
- Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India ...
-
▼
Sept 2024
(381)