Translate
19 August 2024
Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat
Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat
ASTRO AWANI
19/08/2024
Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Tengku Hasanal bertitah, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.
“Kenyataan beliau ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Kenyataan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang.
Dalam kenyataan itu, Tengku Hassanal turut bertitah, berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.
Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
"Sungguhpun begitu, Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.
"Baginda semasa itu telah memanggil pakar Perlembagaan, penjawat awam utama negara serta mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja sebelum pelantikan Perdana Menteri dibuat.
“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022.
“Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Sultan Abdullah semasa baginda memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” titah Tengku Hasanal.
Sehubungan itu, Tengku Hasanal mahu pihak polis mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen kaum, agama dan raja (3R).
Tengku Hasanal juga menasihatkan semua ahli politik sentiasa berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara dan terus-menerus sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia yang merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya lestrai dan rakyatnya bahagia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad memaklumkan akan memanggil Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional itu untuk memberi keterangan pada Selasa ini.
Setakat ini, sebanyak 28 laporan polis diterima terhadap Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Popular Posts - Last 7 days
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Amaran ribut petir di lapan negeri, KL dan Putrajaya hari ini Bernama 15/10/2024 Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan...
-
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS Bernama 15/10/2024 Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malay...
-
Bekas ejen perumahan didakwa pecah amanah duit penyewa rumah RM2,117 Bernama 17/10/2024 Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin...
-
A new documentary on Indonesian pop queen Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani or Rossa, explores her journey in music, career, and lov...
-
Tanah runtuh Taman Melawati: Lebih 300 penduduk dipindah ke dewan serba guna - Polis Astro Awani 15/10/2024 Kejadian kira-kira pukul 10.30 p...
-
PM Anwar tinjau persiapan Belanjawan 2025 Bernama 17/10/2024 \ Semasa tinjauan kira-kira setengah jam itu, Perdana Menteri turut beramah me...
-
Sidang Dewan Rakyat tangguh 30 minit, Ahli Parlimen 'sangkut' dalam banjir Astro Awani 15/10/2024 Johari Abdul berkata, penangguhan...
-
Syarikat China rugi RM2.6 juta terperdaya urus niaga Musang King Bernama 15/10/2024 Polis menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada ap...
Popular Posts - Last 30 days
-
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB Bernama 12/10/2024 Edisi pertama Jualan Tengah Mal...
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024 Bernama 03/10/2024 Abu Bakar berkata Matrade kekal fokus dalam menyokong pe...
-
Indecent dress run: Three men were arrested to help with the investigation Screen capture of participants dressed indecently in the 2024 Pa...
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Astro Awani 08/10/2024 Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air...
-
Property tycoon Ong Beng Seng charged with two offences linked to Iswaran's case 04 Oct 2024 SINGAPORE - Property tycoon Ong Beng Sen...
-
Amaran ribut petir di lapan negeri, KL dan Putrajaya hari ini Bernama 15/10/2024 Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan...
Blog Archive
-
▼
2024
(3470)
-
▼
Aug 2024
(356)
- SAR mangsa di Masjid India dihentikan serta merta
- Suspect killed in shootout with cops in Bukit Beru...
- CIMB recorded a net profit of RM3.9 billion for th...
- Persembahan Chingay buat penampilan sulung dalam p...
- Aset MVF-5 Dok-ing PDRM buat penampilan pada sambu...
- Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR terus komit...
- Tiga pegawai penguat kuasa antara ditahan reman te...
- Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna ...
- Fireworks at Esplanade, KLCC - National Day Celebr...
- LIVE Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebang...
- Khairy Shares His Experience Being A HOT FM DJ aft...
- Hafiz Suip Ditumbuk, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spra...
- Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tol...
- Cruelty to animal: Badminton player fined RM25,000
- Pengarah KDNKA PDRM Bersara Selepas 36 Tahun
- CID busts sex 'swingers' syndicate, nabs 36 includ...
- The Ringgit fell to 4.3185/3225 against the US dol...
- Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
- Celebrity Preacher Da'i Syed sentenced to 10 years...
- Keakraban dalam kepelbagaian terjemah 'wajah' Mala...
- Bekas MP PKR Dedah 'Sebab' Bawa Pistol Ke Sidang M...
- Court sets 15 days to hear Hamzah Zainudin’s son’s...
- IGP calls on public to use tracker app to curb ris...
- Telegram founder Durov released on bail
- Kenapa Berlakunya Protes Di Indonesia
- Satu Family Motor Kena L4ngar , Tindakan Owner DC ...
- A top Swiss court sentenced two PetroSaudi executi...
- Saya kecewa dijauhi pemimpin Umno masa jadi PM - I...
- Indonesia rancang sekat Telegram, Bigo Live
- Kastam Malaysia, Indonesia rampas 247.9 kg dadah d...
- Imigresen selamatkan enam wanita warga asing jadi ...
- Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail n...
- Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - H...
- JDT ranked 1st in Southeast Asia and eighth best c...
- Akta Hasutan: Usah jadikan isu Muhyiddin sebagai s...
- Penyelam TLDM yang lemas ditemui berhampiran kapal
- Tanah Jerlus: Hanya Masjid India terjejas, lokasi ...
- Seven outstanding individuals honoured with Merdek...
- Kabinet memutuskan untuk tidak membenarkan menter...
- Bawa Motor Macamtu dan tak pakai topi keledar , Se...
- MGNews: PATI Naik e-Hailing Elak Dicekup Pihak Ber...
- Elderly KL housewife duped of RM1.3mil in FD phone...
- Three Cameroonians nabbed in KL over counterfeit m...
- EVENING 5: New construction projects in KL suspended
- 'Kenapa tak bagi saya masuk?' - 'Raja Bomoh' muncu...
- PM IX Shares His Experience and Behind The Scene I...
- DBKL batal sambutan Ambang Merdeka 2024
- Government proposes mediation in lawsuit by mother...
- 454 cases of deepfake scams under investigation - ...
- The founder of Telegram, Pavel Durov not allowed t...
- BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan su...
- Airlines required to offer consumers option of ful...
- MGNews: Presiden Majlis Profesor Negara Hadapi Tuj...
- RAJA PERMAISURI AGONG RASMI FLORIA DIRAJA PUTRAJAY...
- Dr. Say Mengaku Dibayar RM10,000 untuk 4 jam
- Bekas peguam dipenjara dua tahun, denda RM15,000 p...
- 635 company directors barred from leaving Malaysia...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan t...
- Second sinkhole appears on Jln Masjid India
- Dua anggota polis tertimbus ketika persiapan musna...
- KL sinkhole: Frankie and Denti return to search fo...
- Kemalangan dekat Paradigm Mall Johor
- Indian police fire teargas at hundreds protesting ...
- Telegram CEO arrested over probe into child porn, ...
- Sinkhole SAR team employed various methods in sear...
- Syamsul Yusof ready to pronounce divorce, wife not...
- Malaysia recorded more than 1.4 mln arrivals from ...
- 'Datuk' claims trial to cheating RM5.5 million in ...
- Mpox: 25 cases confirmed negative from 31 suspecte...
- MENDAPAN TANAH | Operasi Pencarian Mangsa Guna Uni...
- Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 d...
- Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh...
- JKR director-general among 399 honoured at investi...
- Sempat dibisikkan 2 kalimah syahadah, ustazah maut...
- Police thwart illegal racing at JB hotspot using B...
- Grab said that it was never informed or consulted ...
- Tiada siapa pernah panggil saya Mahathir anak lela...
- EPF appoints Mohd Zuki chairman, effective Sept 1,...
- 3R issue: Muhyiddin to be charged tomorrow- IGP
- Kes Ebit Lew: Saksi padam gambar, mesej sebelum bu...
- DBKL refutes Jalan Yap Ah Loy renaming rumours
- Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang ...
- Australia- Man armed with a box cutter stabs mult...
- 5 termasuk empat pengusaha stesen minyak ditahan, ...
- 16 foreigners nabbed in Ops KL Strike Force raid a...
- Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, ...
- Dr Akmal Kini Bergelar Datuk!
- Sidang media bersama Datuk Bandar KL & OCPD Dang W...
- Kapal TLDM tenggelam langgar objek bawah air, 39 k...
- Billionaire Founder, CEO of Telegram arrested in F...
- PREMIER LEAGUE MATCHDAY 2: Manchester United Shoc...
- PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Suk...
- PAU 2024: UMNO mesti berkongsi kuasa, kekuatan par...
- Pemandu Exco Johor hentikan kereta di tengah jalan...
- Sorotan Perlawanan: Johor Darul Ta'zim 6-1 Selango...
- The search and rescue operation has been expanded ...
- Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam ...
- 21 mangsa terperangkap berjaya diselamatkan
- Jessica Wongso Dinyatakan Bebas Bersyarat
-
▼
Aug 2024
(356)