Translate

12 July 2024

Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari

 



Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari

Bernama

11/07/2024 

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori yang ditahan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh media sosial A. Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha di reman empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakukan aib)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Sebelum ini media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor pada Isnin lepas.

Ahmad Sukarno berkata tempoh reman suspek wanita itu tamat pada Rabu lalu dan kini dilanjutkan dua hari lagi.

Media sebelum ini melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada Jumaat lalu sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.

Laporan itu kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED