Translate

21 July 2024

Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan kes peras ugut warga Bangladesh



Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan kes peras ugut warga Bangladesh

Bernama

20/07/2024

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. KANGAR: Dua anggota polis trafik ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.

Perintah terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat koperal itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.







"Kedua-dua suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul serta diperas ugut oleh mereka dan nilai wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700," katanya.

Beliau berkata polis masih menunggu laporan penuh perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Muhammad juga berkata pihaknya tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 5 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 3 hrs 26 mins ago