Translate

12 January 2024

Polis siasat dakwaan ketua polis balai kasari orang awam

 Polis siasat dakwaan ketua polis balai kasari orang awam

Bernama

Januari 12, 2024


19:33 MYT

Polis siasat dakwaan ketua polis balai kasari orang awam

Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini. - Gambar hiasan/PDRM

JOHOR BAHRU: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video berdurasi 37 saat itu menerusi laman X pada 3.11 petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan berserta jawatannya.

"Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.



Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Terdahulu, video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan ketua polis balai, menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.

-- BERNAMA




The Video can be seen on Twitter: https://twitter.com/druglordfxdl/status/1745712731343528357

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED