Translate

27 January 2024

Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL Isnin ini



Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL Isnin ini

Bernama

Januari 27, 2024
Pada Rabu, SPRM mengesahkan mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu. - Gambar fail

Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL Isnin ini

Pada Rabu, SPRM mengesahkan mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.

"Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin (29 Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset," katanya dalam kenyataan hari ini.







Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.

Sementara itu, Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Daim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas.

"Saya mengesahkan kami terima kelulusan untuk mendakwa Daim seminggu lalu namun apabila pegawai kami memaklumkan perkara itu kepada peguamnya, mereka memberitahu beliau dimasukkan ke sebuah hospital swasta," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.

Sementara itu isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini Nai'mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.

Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Status NFA bukan bermaksud siasatan kes simbah asi' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa terkejut 26,000 ekar tana' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 37 mins ago
A visitor from Cairo viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 1 hr 21 mins ago