Translate
25 January 2024
Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih
Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih
Bernama
Januari 24, 2024
Enam anggota polis tiba di Mahkamah Tinggi Tawau bagi perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM Datuk Mat Zaki Md Zain. - Gambar fail/BERNAMA
Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih
Enam anggota polis tiba di Mahkamah Tinggi Tawau bagi perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM Datuk Mat Zaki Md Zain. - Gambar fail/BERNAMA
TAWAU: Seorang pegawai polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa sepasang kasut kanak-kanak berwarna merah jambu antara barang ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang diperiksanya, pada 17 Jan tahun lepas.
Insp Saizul Farhan Mahali, 38, yang bertugas sebagai Pegawai Siasatan Tempat Kejadian, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata selain kasut itu yang ditemukan di bawah tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri kenderaan, turut djumpai dalam kereta berkenaan ialah cermin mata hitam dan sehelai tuala berwarna kelabu.
Menurut saksi pendakwaan ke-21 itu, beliau menjalankan pemeriksaan pada kenderaan terbabit selepas dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat ASP Yusman Shahri Marinsah berkaitan penemuan satu mayat lelaki di Jalan Anjur Juara Batu 5, Jalan Apas, Tawau.
Pada prosiding sebelum ini, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat keadaan mayat (Nurman) dalam kedudukan terlentang di sebelah kiri kereta Myvi berwarna putih.
Menurut Jasmin yang merupakan saksi pendakwaan kelapan, beliau ke lokasi kejadian (ladang kelapa sawit) pada 16 Jan 2023.
Sementara itu, Saizul Farhan berkata beliau dan pasukan bertolak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada 17 Jan 2023, 7 pagi dan tiba pada 4 petang dan telah pergi ke tempat letak kereta IPD Tawau dan mendapati sebuah kenderaan telah dipasang pita rintangan polis.
"Kenderaan itu adalah Myvi berwarna putih nombor pendaftaran SAA7841W.
Saya dimaklumkan oleh ASP Yusman bahawa kereta itu telah ditarik dari tempat kejadian hingga ke IPD Tawau manakala mayat telah dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut," katanya pada hari ketujuh perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman, 61, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Saizul Farhan berkata pada hari berkenaan (17 Jan), beliau turut membuat swab darah pada pemegang pintu sebelah dalam bahagian pemandu kereta Myvi itu dan tempat duduk penumpang hadapan sebelah pemandu.
Katanya beliau juga membuat swab asid deoksiribonukleik (DNA) pada bahagian stereng kereta, kepala gear, pemegang brek tangan serta pembuka dan pemegang pintu kiri bahagian depan sebelah pemandu.
Menurut Saizul Farhan, pada 25 Jan 2023, beliau diarahkan sekali lagi untuk memeriksa kereta berkenaan dan mengambil selipar berwarna hitam sebelah kanan di bawah tempat duduk pemandu, satu botol air mineral, topi dalam poket tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri, kesan cap jari pada permukaan cermin pintu sebelah dalam tempat duduk penumpang hadapan dan kesan cap jari pada bahagian bingkai pintu kereta selain merakam gambar keseluruhan bahagian kenderaan itu.
"Kesemua barang kes yang diambil diserahkan kepada pegawai penyiasat," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 Bernama 03/11/2024 Anwar (dua, kiri) melambaikan tangan kepada para penonton ketika hadir pa...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
-
Actress Siti Saleha just wants a fuss-free wedding Read more at http://www.star2.com/people/2017/07/27/siti-saleha-marries-lutfi-azha...
-
A VIP police escort who punched a disabled e-hailing driver in the face was fined RM1,000 Police escort fined for assaulting disabled e-hai...
-
TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc Bernama 04/11/2024 Pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia mengesah...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 The High Court today ordered imprisoned ex...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 19:30 MYT The High Court today ordered im...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB Bernama 12/10/2024 Edisi pertama Jualan Tengah Mal...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Astro Awani 08/10/2024 Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air...
-
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 Bernama 03/11/2024 Anwar (dua, kiri) melambaikan tangan kepada para penonton ketika hadir pa...
-
RUU tahanan di rumah bukan untuk ‘bebaskan’ Najib, VIP lain - Fahmi Astro Awani 25/10/2024 Menurut Fahmi, RUU itu juga untuk membantu mengu...
-
Amaran ribut petir di lapan negeri, KL dan Putrajaya hari ini Bernama 15/10/2024 Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan...
Blog Archive
-
▼
2024
(3899)
-
▼
Jan 2024
(363)
- Permohonan Pembekuan Kuota Pekerja Asing Dilanjutk...
- Datuk Seri Saifuddin menjelaskan situasi pemimpin...
- Pakistan ex-PM Imran Khan, wife, jailed for 14 yea...
- Cops nab man for allegedly assaulting wife who ign...
- 'Hot Daddy': Four women fined for possessing porno...
- Joint Johor Immigration op reveal foreign beggars ...
- Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu baka...
- Malaysia qualify for World Cup Final in Hockey 5s ...
- Sultan Nazrin sets historic hat-trick as Deputy King
- Istana Negara announces official titles of King, Q...
- Sultan Ibrahim of Johor state installed as Malaysi...
- PM hulur sumbangan kepada Penyanyi Shima
- Polis siasat dakwaan pelancong asing bayar RM100 e...
- Sarawak akan muktamadkan penambahan pegangan saham...
- Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam
- Proceeds from special number plates "GOLD" will be...
- South Korea Come Back in Extra Time 90+9 min To Be...
- LIVE : ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA KEBAWAH DULI YA...
- Pembantu kedai didenda RM7,000 cabul warga Sepanyo...
- Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol...
- Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah P...
- The traffic policeman who asked for money from UK ...
- DS Najib Pardoned? Wait for Pardons Board's statem...
- Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah arrive in Pahang
- 'Pian' dan 'Rambai' akan iringi keberangkatan pula...
- Lambaian selamat tinggal penuh istiadat buat Yang ...
- LIVE Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong men...
- Melaka man arrested for beating up elderly neighbour
- Jordan Score Two Goals In Extra Time To Comeback a...
- Pemuda Dikecam Oleh Netizen Kerana Memukul Seorang...
- Daim attempts to read statement to press after cou...
- Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, "What choice ...
- Enam Lagi Wanita Ditahan Bagi Bantu Siasatan Lelak...
- Another Video Of A Policeman Asking RM100 to Disco...
- Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sa...
- Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi t...
- Bersatu to take legal action against reps who betr...
- Public can bid farewell to 16th King tomorrow
- Police sergeant held to assist rape probe
- Malaysia ex-finance minister charged with failing ...
- Tun Daim Zainuddin arrives in court to be charged.
- PDRM investigating a viral video, where a traffic ...
- Free E-Book - ‘Test of A King’ tells of Al-Sultan ...
- Anwar: “I never interfere in investigations into c...
- MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEMANGKU SULTAN JOHOR
- Faisal Halim hadiahkan sebiji moto buat Derrick Ga...
- Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin dilant...
- IBLA 2024 recognises top business leaders and orga...
- Johor Crown Prince Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahi...
- MACC seizes luxury cars; ex political aide and bus...
- Bodies of last two Cameron Highlands landslide vic...
- Peminat bola sepak yang jual motornya, Derrick Gan...
- Small fire breaks out at IOI mall due to Chinese N...
- TYT Sarawak bersama isteri tiba di Kuching pada Sabtu
- Tuanku gagal menahan SEBAK!! ~ MOMEN TITAH YDP AGO...
- Ahmad Zulqarnain resigns as PNB chief to helm EPF ...
- Najib never lodged complaint regarding misappropri...
- Existing civil servants under pension scheme will ...
- Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijala...
- Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL Isnin ini
- Tottenham Hotspur 0 - 1 Manchester City, 2024 FA C...
- Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
- KBS menjelaskan tentang peruntukan tambahan RM5 ju...
- “Hot Daddy” and his two girlfriends have been char...
- Kim Pan Gon dan Pasukan Harimau Malaya Selamat pul...
- The body of a male Myanmar citizen has been pulled...
- Wan Junaidi appointed the the 8th Yang Dipertua N...
- Melaka teliti semula syarat sertai cabutan bertuah...
- Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami denga...
- Indonesia Surprisingly Qualify for Asian Cup Round...
- Construction of Batu Caves escalator will not mar ...
- Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Hari...
- Malaysia Snatch A 3-3 Draw Against Asian Giants So...
- PMX Dapat Sokongan Lebih Dua Pertiga Ahli Parlimen
- Ex-Esscom intel chief, seven others acquitted in T...
- Passersby foil snatch theft attempt at Batu Caves
- Polis Siasat Kejadian 'Satu Keluarga' Mencuri Di K...
- Polis Tahan Bapa Mabuk Cederakan Anak Perempuan
- Annual procession of Lord Murugan's chariot arrive...
- Bekas penolong setiausaha Kementerian Pengangkutan...
- Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dala...
- MBSB lantik Wan Kamaruzaman sebagai Pengerusi MBSB...
- Organisers of 'Himpunan Selamatkan Rakyat' gatheri...
- SAJAT SAHKAN Hidap PENYAKIT KANSER
- Only 1.6 mln have updated information on PADU syst...
- Sidang Media Piala Asia : Misi akhir Malaysia meng...
- Setpol Menteri, Datuk Antara Empat Direman SPRM
- Tiada kemelut' - Lantikan JPKK bawah kementerian s...
- Yet another Bersatu MP voices support for Anwar
- Ebit Liew imamkan solat jenazah Bella di Hospital ...
- 31 Januari 2024 Bukan Cuti Umum Khas
- Wanita Warga Asing Bertindak Agresif Diperiksa JPJ
- Najib tidak benarkan AS$3 bilion dibawa pulang dar...
- Woman jumps off second floor of shophouse to escap...
- Boyfriend charged with murdering Bella
- Bank Negara clarifies Quantum Metal’s activities n...
- Housewife faces two counts of cheating in luxury g...
- Suspek Kes Bunuh Bella Didakwa Hari Ini
- Kastam kutip hasil RM55.1 bilion tahun lepas
- Eight more members of the Upik Gang, including for...
-
▼
Jan 2024
(363)