Translate

29 January 2024

Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul



Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul

Bernama

Januari 29, 2024
Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.

Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul

Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Nur Mastisha, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di IPK Kuala Lumpur pada jam 8 malam, 1 Okt 2022.







Peruduhan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias mencadangkan jaminan RM2,000 berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran.

Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia telah digantung kerja selain mempunyai tanggungan dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan.

Mahkamah turut menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 31 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 34 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 47 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Saya Kecewa Muka Sama Dilantik Semula, Kata Tun Ma' 2 hrs 25 mins ago