Translate

27 January 2024

Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan



Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan

Bernama

Januari 27, 2024
Heidil Iskandar (kiri) dan Mohd Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Januari atas pertuduhan menipu berkaitan projek perlombongan dan usahasama menggunakan nama MB Inc. - Bernama

Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan

Heidil Iskandar (kiri) dan Mohd Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Januari atas pertuduhan menipu berkaitan projek perlombongan dan usahasama menggunakan nama MB Inc. - Bernama

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada terdapat petugasnya terlibat dalam kes penipuan berkaitan projek perlombongan dan usahasama dengan menggunakan nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

MB Inc dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.

"MB Inc mengambil maklum terhadap berita yang dilaporkan oleh media tempatan berkaitan dua individu yang dituduh di mahkamah semalam kerana penipuan berkaitan pemberian projek perlombongan oleh MB Inc dan penyamaran sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif) MB Inc.







"Pihak kami memandang serius insiden ini dan pada masa sama turut membantu pihak polis dalam siasatan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mana-mana pihak yang ingin membuat pertanyaan atau cadangan dinasihatkan supaya menggunakan medium atau saluran rasmi MB Inc dan tidak menggunakan perkhidmatan 'orang tengah'.

Semalam, media melaporkan Heidil Iskandar Mohd Shamlan, 33, dan Mohd Zulkifli Mohd Toha, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua tuduhan menipu menggunakan nama MB Inc dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mereka didakwa menipu Muhammad Razlan Abdullah, 65, dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka dapat memberi satu projek perlombongan unsur nadi bumi (REE) di Hulu Perak menggunakan nama MB Inc.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED