Translate

25 January 2024

Polis Tahan Bapa Mabuk Cederakan Anak Perempuan





Bapa tendang, pukul anak perempuan guna kerusi
24 Januari 2024
Tangkap layar pelajar sekolah cedera parah selepas dipukul dan ditendang ayahnya dalam kejadian di Kendong, di sini, awal pagi tadi.


REMBAU – Seorang lelaki diberkas selepas memukul dan menendang anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Kendong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pelajar sekolah berusia 17 tahun dikejarkan ke Hospital Tampin selepas ditendang di bahagian perut selain dipukul menggunakan kerusi, bakul dan besi papan seterika.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon dari orang awam menyatakan rakannya telah dipukul bapa sendiri kira-kira pukul 12.15 tengah malam di kaunter aduan Balai Polis Kota.

“Polis segera ke lokasi dan menahan suspek berusia 47 tahun di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk. Mangsa pula telah di bawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Remaja itu mengalami luka di bahagian kiri kepala dan telah menerima 12 jahitan selain luka serta leban di bahagian tangan dan bahu kanan. Mangsa akan di rujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Hazri berkata, polis sedang mengesan saksi kejadian yang juga teman wanita suspek.

Tambahnya, suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND "NEARLY" COME BACK FROM THE' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BARA NAGA | Co' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 55 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago