Translate

25 January 2024

Annual procession of Lord Murugan's chariot arrives in Batu Caves for Thaipusam celebration




Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Thaipusam
Bernama
Januari 25, 2024 

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan itu juga dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur.

"Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Hindu ini diraikan dengan penuh keceriaan dan sentosa di sisi keluarga tersayang," menurut catatan itu. - BERNAMA









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED