Translate

03 January 2024

Pemandu Lori Tumbuk Anggota JPJ berlaku pada November lalu, kena denda RM4000 dan penjara sehari

 


Pemandu lori yang menumbuk seorang penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam rakaman tular di media sosial sudah ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Jitra, Kedah.

JPJ Kedah menerusi kenyataan memaklumkan, pemandu terbabit turut dipenjara sehari dan didenda sebanyak RM4,000 oleh mahkamah.

“Pihak terlibat telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah telah menjatukan hukuman Penjara sehari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku pada jam lebih kurang 4.04 petang, 22 November lalu di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED