Translate

15 October 2023

'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar

'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar

Bernama

Oktober 15, 2023
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau. - Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau menceritakan keadaan tandas di sekolahnya.

"Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah," kata Perdana Menteri.

Dalam hantaran itu Anwar turut berkongsi surat Maryam yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan merujuk beliau sebagai Uncle Anwar.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan "Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" pada Jumaat berkata projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Anwar berkata tidak boleh diterima akal bahawa selama ini anak-anak dibiarkan mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED