Translate

07 October 2023

Pengerusi PUNB Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah



Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah

Bernama

Oktober 7, 2023
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Acryl Sani, yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah dan membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran SPDK ialah ahli perniagaan, Datuk Tang Yong Chew.



Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi adalah antara 88 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan membawa gelaran Datuk.

Penerima lain antaranya Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Samad Jambri serta Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Hendrus Anding antara penerima lain anugerah itu.

Selain itu antara penerima lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Hiew Vun Zin; ADUN Telupid, Jonnybone J Kurum; ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat dan ADUN Kunak, Norazlinah Arif.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin juga menerima PGDK.

Penerima lain Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy; Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Malek Razak Sulaiman dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Shahurinain Jais.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Victor Sanjos; Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji dan Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Abdul Rani Alias juga menerima anugerah sama.

Penerima lain antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Dr Lim Hock Leng; Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan, Celestina Stuel Galid; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna; Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin dan Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah, Jamawi Ja'afar; Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui; dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakun juga menerima PGDK.

Sementara itu, 118 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); 228 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK); 281 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK); 310 menerima Bintang Kinabalu (BK); lapan menerima Jaksa Pendamai (JP) dan 174 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Tun Juhar dijadual menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri yang akan berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi esok. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED