Translate

04 October 2023

Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara

Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara

Bernama

Oktober 4, 2023
Megawati berkata beliau berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia, lapor Agensi Berita ANTARA.

Dalam satu kenyataan, Megawati berkata beliau berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya.

"Malaysia melakukannya dahulu apabila berpindah (pusat pentadbiran) dari Kuala Lumpur ke Putrajaya," katanya.

Anak Megawati, Puan Maharani turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Megawati, Anwar berkata pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, lebih kompleks.

"Beliau berkata berdasarkan keadaan Nusantara yang sedia ada, ia akan mengambil masa lebih lama...," katanya.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Megawati berada di Malaysia selama dua hari untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang sains sosial dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Isnin.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED