Translate

26 May 2023

Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud

 Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud

Bernama

Mei 26, 2023Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud

Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.

Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud

Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas. - Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata lelaki berusia 63 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang menawarkan anugerah kebesaran itu.

"Suspek mendakwa mempunyai enam kuota anugerah tersebut dan mangsa, jika berminat mendapatkan gelaran itu hanya perlu membuat sumbangan kepada program kononnya anjuran istana secara percuma.



"Mangsa yang tertarik dengan tawaran turut mempelawa empat rakannya untuk mendapatkan gelaran berkenaan, menyebabkan suspek menghubunginya beberapa kali bagi meminta sumbangan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa mendakwa telah memberi sumbangan sebanyak 32 kali berjumlah RM571,000 dengan semua wang itu dipindahkan secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek.

Mangsa mendakwa semua wang itu merupakan simpanan sendiri selain diperoleh daripada rakan yang berminat mendapatkan gelaran tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga dengan tawaran itu selepas mengeluarkan bayaran yang banyak menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Yahaya turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan telefon yang mencurigakan selain membuat semakan di pautan https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'April 2017' 11 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 17 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 31 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 45 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 46 mins ago
A visitor from Maryland viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 53 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 54 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 1 hr 22 mins ago