Translate

27 May 2023

Suruhanjaya Sekuriti (SC) menambah 84 entiti dalam senarai amaran pelaburnya dan menyekat 61 laman web

 Suruhanjaya Sekuriti (SC) menambah 84 entiti dalam senarai amaran pelaburnya dan menyekat 61 laman web disyaki melakukan penipuan pelaburan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.


SC sekat 61 laman web disyaki pelaburan palsu
Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 26, 2023 @ 8:04pm
bhnews@bh.com.my

BAYAN LEPAS: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menambah 84 entiti dalam senarai amaran pelaburnya dan menyekat 61 laman web disyaki melakukan penipuan pelaburan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, berkata SC turut menyekat 80 akaun media sosial dengan modus operandi yang lazim digunakan 'scammers' iaitu mempromosi skim pelaburan palsu menerusi WhatsApp dan Telegram.

"Tahun lalu, SC menyenaraikan 267 nama dalam senarai amaran pelabur selain menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan kegiatan terbabit.

"Ini membimbangkan, jadi adalah penting untuk kita selidik sebelum melabur sama ada syarikat atau individu yang membuat tawaran pelaburan berdaftar dengan badan kawal selia seperti SC," katanya.



Awang Adek berkata, antara ciri-ciri biasa 'scammers' ialah menjanjikan pulangan pelaburan tinggi dalam masa singkat dan dipromosi sebagai peluang terhad, selain meminta wang dimasukkan ke dalam akaun individu tidak dikenali atau akaun bank tidak berkaitan.

Katanya, negara menyaksikan peningkatan ketara penipuan dalam talian sejak tempoh dua tahun kebelakangan ini dengan daripada 548 aduan pada 2020 meningkat kepada 1,124 aduan pada 2022 dengan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Tahun lalu, jelasnya, aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruhan aduan diterima SC dengan pihaknya turut bekerjasama dengan agensi lain untuk membendung masalah itu.

"Memandangkan keadaan ekonomi semakin mencabar dan kedudukan kewangan kian mendesak, orang ramai mudah terpedaya dengan janji palsu seperti 'love scams', skim piramid dan peluang pekerjaan dalam talian dengan upah tinggi," katanya.

Terdahulu, katanya, lebih 470 syarikat telah diiktiraf SC di Pulau Pinang, menggunakan platform Pendanaan Ekuiti Ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) untuk menjana modal berjumlah RM193 juta setakat tahun lalu.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 49 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 6 mins ago