Translate

26 May 2023

Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

 Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

Bernama

Mei 26, 2023 Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

Beliau berkata anggota peronda polis (MPV) yang membuat pemeriksaan kemudian mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 30-an sedang tidur di dalam kereta itu. -Gambar fail/Bernama

Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

Beliau berkata anggota peronda polis (MPV) yang membuat pemeriksaan kemudian mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 30-an sedang tidur di dalam kereta itu. -Gambar fail/Bernama

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pada awalnya orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta yang mencurigakan kerana diletakkan di tengah jalan pada pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata anggota peronda polis (MPV) yang membuat pemeriksaan kemudian mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 30-an sedang tidur di dalam kereta itu.



"Bagaimanapun, seorang daripada lelaki terbabit yang berada di bahagian penumpang belakang telah bertindak keluar dari kereta dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota MPV.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan dan seorang daripadanya didapati tidak mempunyai kad pengenalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah, manakala seorang daripadanya pernah ditahan membabitkan kes kongsi gelap.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 53 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 11 mins ago