KUALA LUMPUR, Jan 13 —
After a video clip showing dogs being neglected at the Kuala Langat Municipal Council pound went viral, In a statement issued via the Selangor Royal Office social media pages, Tengku Permaisuri Norashikin, who is also the Royal Patron of the Stray Free Selangor (SFS) campaign run by the Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA), expressed her disappointment and sadness over how the dogs were treated. Tengku Permaisuri of Selangor Tengku Permaisuri Norashikin has urged local government authorities in Selangor to improve and upgrade the management of pounds under their jurisdiction.
January 12, 2023
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bertitah untuk menggesa pihak-pihak berkuasa khususnya majlis-majlis perbandaran di Negeri Selangor agar memperbaiki dan menaiktaraf tatacara pengurusan di pusat-pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka.
Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa susulan tularnya gambar dan video anjing-anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan anjing di negeri Selangor.
Sebagai Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) kendalian SPCA Selangor, Baginda mahu pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat-pusat kurungan haiwan terbiar ini.
Menyedari bahawa anjing terbiar yang ditempatkan di pusat-pusat ini kebanyakannya tidak terurus dan kurang nutrisi, Baginda mahu agar prosedur operasi standard (SOP) harian yang sedang digunapakai, disemak semula. Ini kerana jika SOP semasa ini terbukti berkesan, tidak sepatutnya tular video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan seolah-olah teraniaya, terabai dan tidak terurus.
Justeru Baginda mencadangkan agar usaha-usaha ke arah memelihara kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan-haiwan terbiar ini dipergiat, menerusi kempen Create Caring and Compassionate Communities (CCC)
ditunjangi oleh perkara-perkara berikut :-
1. Memperkasa semula kolaborasi dan kerjasama di antara majlis-majlis perbandaran dan penduduk-penduduk taman perumahan terlibat.
2. Majlis perbandaran dengan kerjasama SPCA mengendalikan sesi-sesi Responsible Pet Ownerships (RPO) bersama penduduk.
3. Menyediakan jadual lawatan berkala oleh SPCA dan NGO ke pusat-pusat kurungan haiwan terbiar.
4. Menempatkan pegawai-pegawai kebajikan haiwan bersama pencinta-pencinta haiwan di setiap zon daerah, seterusnya melatih mereka untuk menggalakkan pengkasian (neuter) haiwan terbiar di bawah kempen SFS.
5. Mendapatkan khidmat nasihat dan pemantauan daripada SPCA dan NGO sekiranya wujud keperluan untuk melupuskan haiwan-haiwan terbiar ini di atas sebab kesihatan atau sebagainya.
Baginda berharap usaha-usaha untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan terbiar ini akan berterusan dan tidak sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Di samping tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib, Baginda juga mahu setiap ahli masyarakat menggalas peranan yang lebih signifikan khususnya dalam memupuk perasaan sayangkan haiwan dan prihatin dengan keadaan sekeliling