Translate

01 January 2023

Jurulatih tampar pemain digantung tugas, siasatan sedang dijalankan - Mava


Video:

 https://www.youtube.com/shorts/cDKy8s54SwM


Jurulatih tampar pemain digantung tugas, siasatan sedang dijalankan - Mava

Faris Danial Razi

Januari 1, 2023 Jurulatih tampar pemain digantung tugas, siasatan sedang dijalankan - Mava

Mava mengesahkan kejadian berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14-16 Disember 2022. - Gambar/ Twitter @PejaofPerak

Jurulatih tampar pemain digantung tugas, siasatan sedang dijalankan - Mava

Mava mengesahkan kejadian berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14-16 Disember 2022. - Gambar/ Twitter @PejaofPerak

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan bola tampar yang bertindak menampar pemainnya dalam rakaman video yang tular di media sosial telah digantung daripada melibatkan diri di dalam semua aktiviti kebangsaan.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dalam satu kenyataan pada Ahad, mengesahkan kejadian berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14-16 Disember 2022.

"Lembaga Disiplin Mava mengambil perhatian serius berkenaan klip video yang melibatkan jurulatih Pasukan Melaka B-14 (Wanita) yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut.



"Mava juga akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan dan pihak berkepentingan serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak.

"Mava bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan Mava," katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya di laman media sosial sehingga ia mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED