Translate

02 January 2023

Gerai roti canai popular Jalan Transfer diarah tutup

 Gerai roti canai popular diarah tutup

Dewi Nur Harasha Alias

Januari 2, 2023 Gerai roti canai popular diarah tutup

Tindakan berkenaan diambil dalam satu operasi pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KKM di premis berkenaan pada Isnin. - Gambar/ Astro AWANI

Gerai roti canai popular diarah tutup

Tindakan berkenaan diambil dalam satu operasi pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KKM di premis berkenaan pada Isnin. - Gambar/ Astro AWANI

GEORGE TOWN: Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

Notis penutupan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 pada Isnin.

Selain itu, pemilik turut dikompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar pekerja mengambil kursus pengendalian makanan.



Tindakan berkenaan diambil dalam satu operasi pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KKM di premis berkenaan pada Isnin.

Pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum dia dilihat menyambung menebar roti canai.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian kira-kira 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED