Translate

05 December 2022

Sidang Media Perdana Menteri Anwar Ibrahim Selepas Mesyuarat Khas Kabinet

 







Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar

Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar

Anwar berkata, kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan. - Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian adalah menjadi hak mana-mana pihak untuk mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan.

“Yang pertikaikan itu siapa dan atas alasan apa? Dia (Ahmad Zahid) didakwa dan belum ada hukuman dan proses itu harus kita hormati.

“Dia juga kebetulan merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya kena kira semua faktor itu (parti),” kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini pada Isnin.

Anwar berkata demikian menjawab soalan bahawa terdapat pihak yang mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid dalam barisan Kabinet.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata individu yang mempertikaikan mengenai rasuah seharusnya bersih dan tidak terpalit dengan isu berkenaan.

“Dia tidak boleh jerit tentang rasuah tapi dia ambil projek ratus juta, itu tak boleh.

“Sebab itu saya bila dicabar masa kempen, saya kata sama-sama saya sanggup isytihar harta dalam negeri dan luar negeri dan saya nak orang (lain) termasuk ketua Perikatan Nasional (Tan Sri Muhyiddin Yassin) isytihar harta dia di Malaysia, Australia, dan di beberapa negara lain, tetapi tiada jawapan,” tambah Perdana Menteri lagi.

Ahmad Zahid antara 27 menteri yang mengangkat sumpat sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Sabtu lalu.

Ketika ini, Ahmad Zahid dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.

September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).



Jemaah menteri potong gaji 20 peratus setiap bulan - PM
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.


“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).

“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet,” katanya Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata demikian, dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, di sini pada Isnin.
Hadir sama dua Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertamanya di Perdana Putra.
Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan kabinet yang dianggotai 28 menteri termasuk dua TPM, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada yang kata Anwar tak terima gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar,” ujarnya.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED