Translate

18 November 2022

Video viral seorang lelaki dikatakan bekas suami seorang artis mendera isteri baru, telah menimbulkan kecaman netizen.

 





Tular satu video seorang lelaki dipercayai suami  mendera seorang wanita di sebuah rumah semalam telah menimbulkan kecaman netizen.


Seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan tanpa mengetahui dimanakah lokasi kejadian, lapor Kosmo.


Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.


Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.


Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.


“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.


Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.


“Dekat mana..call polis,” kata netizen.


“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain.

Apa lah salah wanita tersebut sampai diperlakukan seperti itu. 





"Saya yang post video ini. Dia isteri yang baik tetapi suami dia panas baran yang melampau sangat-sangat. Silap sikit akan kena bantai. Dia dengan anak dia dikurung da kena pukul kalau tersilap. 


"Anak itu adalah anak yatim gais. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung itu adalah orang gaji yang kena bantai juga. 


"Report polis dan doktor telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur. Tetapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit sebab dihentak di kepala, didera separuh mati. 


"Cuma semua tak dapat direkod. Alhamdulillah, Allah bagi peluang juga rekod dan lari," kata sumber.


Setakat ini masih belum diketahui punca sebenar kejadian dan netizen berharap pihak berkuasa menyiasat dan menahan suspek untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Kosmo



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED