Translate

14 November 2022

Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan dakwaan kenyataan kontroversi berbaur perkauman.

 

Polis buka kertas siasatan terhadap Zul Huzaimy

HARIAN METRO

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan dakwaan kenyataan kontroversi berbaur perkauman.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata PDRM mengesahkan menerima laporan berhubung video oleh Zul Huzaimy.


Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman.


Kenyataan sensitif pelakon itu dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.


Zul Huzaimy kemudian menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, memohon maaf atas ucapan itu yang didakwanya disalah anggap.


Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED