Lelongan harta Sajat belum cukup bayar pampasan |
Lelongan harta Sajat belum cukup bayar pampasan
Harta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berjaya dibida dengan nilai RM132,000 tidak memenuhi jumlah sebenar pampasan dituntut OWA Resources Sdn Bhd sebanyak RM183,000.
Peguam, Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata, pihaknya akan berbincang bersama anak guam untuk tindakan lanjut bagi menyelesaikan baki pampasan berjumlah RM51,000.
Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 dan termurah pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.
Zeti berkata, pembida perlu mengeluarkan kesemua barangan berkenaan secepat mungkin mengikut tempoh yang dipersetujui bersama tuan rumah.
Lelaki berjaya bida harta Sajat RM132,000 |
Lelaki berjaya bida harta Sajat RM132,000
Lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 pada 14 Disember.
Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.
Sumber: Harian Metro YouTube