Translate

19 October 2021

Nur Sajat Claims She's Now An Australian Citizen

 Nur Sajat





Nur Sajat claims she's now an Australian citizen

18/10/2021

In a video shared on Facebook, cosmetics entrepreneur Nur Sajat, who is wanted for multiple offences in Malaysia, claimed that she has sold off her business in Malaysia and was currently in Australia, adding that she was “a citizen here”.

According to mStar, she made the revelation during a TikTok livestream on Monday (Oct 18).

Source: The Star YouTube



Sajat muncul di 'IG Live' dakwa sudah berhijrah ke Australia

mStar
18/10/2021

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi, akhirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin.

Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara berkenaan.

"Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan?

"Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak," katanya menerusi sesi live di Instagam.

Pada 15 Oktober lalu media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajat turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia.

"Kita dah cerai dah, dah cerai dah, dah talak tiga dah.

Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya... awak dengan Islam awak.

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

"Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali," katanya.

Selain itu Sajat turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sensitif.

"Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya... awak dengan Islam awak.

"Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya.

"Tak perlu la kata saya berdosa ke... terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua," katanya.


Sumber: mStar
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/10/18/sajat-muncul-di-039ig-live039-dakwa-sudah-berhijrah-ke-australia?fbclid=IwAR1Yow2ua7TnSZkF8WVOSoXb9UtUUVY5tx6iHRcnOk3I7AZQqnhkE3T0-6E

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED