Loke Siew Fook |
13/9/2021
Kenyataan ini adalah tidak berasas sama sekali. Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan telah berbincang dengan semua pimpinan parti pembangkang yang lain berkenaan proses rundingan dengan kerajaan.
Malah, pada petang semalam satu taklimat khas telah disampaikan oleh pimpinan tertinggi PH kepada Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan isi kandungan MOU tersebut.
Wakil Parti Warisan juga dijemput untuk taklimat tersebut namun mereka tidak hadir.
Kami difahamkan Parti Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MOU tersebut dengan kerajaan. Pakatan Harapan menghormati pendirian mereka.
Namun, ia tidak bermaksud kita tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain.
PH akan terus bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen blok pembangkang dalam isu-isu di Parlimen termasuk melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pejuang, Warisan dan Bebas dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee) baru yang bakal ditubuhkan yang merupakan sebahagian daripada komitmen yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan dalam MOU yang akan ditandatangani petang ini.
Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook