Translate

13 September 2021

Perhilitan Kelantan Tangkap Tujuh Ekor Gajah Liar Di Jeli

Perhilitan Kelantan menangkap tujuh ekor gajah liar di Kampung Lawar


Perhilitan Kelantan tangkap tujuh ekor gajah liar di Jeli

BERNAMA
13/9/2021

JELI, 13 Sept -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap tujuh ekor gajah liar di Kampung Lawar, di sini selepas haiwan liar itu memasuki kebun penduduk kampung tersebut sejak Ogos lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata tangkapan gajah liar itu dilakukan dalam pada 7, 8 dan 10 Sept, selepas menerima aduan penduduk kampung terbabit yang terserempak dengan kumpulan gajah liar itu berkeliaran di kawasan kebun.

Beliau berkata operasi tangkap pindah tujuh ekor haiwan liar berusia antara tiga hingga 30 tahun itu dilaksanakan, bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada penduduk yang dianggarkan berjumlah RM90,100 selain memastikan keselamatan gajah liar tersebut.

“Pada 7 dan 8 Sept, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Kelantan dan anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang telah berjaya menangkap tiga ekor gajah liar jantan dan dua ekor gajah liar betina di kawasan kebun kampung itu.

“Pasukan operasi kemudian mengesan terdapat gajah liar lain di kawasan kampung tersebut dan sekiranya gajah liar berkenaan tidak ditangkap, ia boleh menjejaskan operasi pemindahan gajah liar yang ditangkap sebelumnya serta akan mengancam keselamatan anggota kami,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ady Ermanty Haniff berkata susulan itu, dua ekor gajah liar jantan lagi berjaya ditangkap di lokasi yang sama pada 10 Sept.

“Kumpulan gajah liar ini dipercayai adalah daripada kumpulan gajah liar sama yang ditangkap berhampiran Kampung Bukit Ipoh, Jeli pada Ogos lalu.

“Kesemua tujuh ekor gajah liar itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor untuk mencari sumber makanan, dan populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan berkenaan dianggarkan lebih daripada 30 ekor,” katanya.

Ady Ermanty Haniff berkata kesemua gajah yang ditangkap itu dilepaskan semula ke habitat semula jadi di Taman Negara Kelantan-Terengganu-Pahang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED