Translate

26 September 2021

Pembayaran BPR Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan secara berperingkat bermula 28 September melibatkan RM2.82 Billion




Link: https://portalsemakan.com/bpr-fasa-3/



 Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September

Astro Awani

September 26, 2021 

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September



Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pembayaran itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat bermula 28 September ini dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, pembayaran itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

backup_ads

“Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan,” kata Ismail.



Bagi Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran rayuan BPR pula sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima.

Namun, bayaran tambahan tersebut mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

Jelas Ismail, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.”

Selain itu, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) turut akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula Oktober hingga Disember 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

Maklumat lanjut berhubung BPR boleh didapati di portal rasmi BPR, www.bpr.hasil.gov.my.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED