Translate

26 August 2021

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda terhadap Sharinah Mohamed Iqbal, rakan audit PKF




Suruhanjaya Sekuriti denda rakan audit PKF Malaysia
Bernama
Ogos 26, 2021 

SC dalam satu kenyataan pada Rabu berkata juruaudit itu gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa semasa mengaudit entiti kepentingan awam (PIE).

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda terhadap Sharinah Mohamed Iqbal, rakan audit PKF kerana melanggar seksyen 31Z(1)(b) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA).

SC dalam satu kenyataan pada Rabu berkata juruaudit itu gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa semasa mengaudit entiti kepentingan awam (PIE).


Menurut suruhanjaya itu, mematuhi piawaian audit merupakan syarat pendaftaran untuk semua individu yang berdaftar dengan AOB.


"Sebagai Rakan Kongsi Tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit PIE, Sharinah telah gagal melaksanakan prosedur audit yang sewajarnya dan memperoleh bukti audit yang kukuh untuk menyokong pendapat audit berkaitan kemampuan PIE untuk kekal beroperasi.

"Secara khususnya, Sharinah telah gagal membuat susulan ke atas status pinjaman bank PIE berkenaan dan memperolehi bukti audit yang selanjutnya untuk menyokong kesimpulannya berkaitan dengan kemampuan PIE itu untuk membayar pinjaman banknya," kata SC.

Di samping itu, SC berkata beliau juga tidak melakukan penilaian kuantitatif ke atas kedudukan aliran tunai PIE yang lemah dan kemampuannya untuk memenuhi semua komitmen dan obligasinya.

Sharinah tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan AOB tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam SCMA.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED