Translate

25 August 2021

Setiausaha Politik Hilman nafi Azmin Ali ugut PM tarik sokongan jika tidak dilantik TPM

 








Hilman nafi Azmin ugut tarik sokongan jika tidak dilantik TPM
Astro Awani
Ogos 25, 2021 07:45 MYT

MUHAMMAD HILMAN: Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Muhammad Hilman Idham menafikan laporan yang mendakwa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang juga Setiausaha Politik Mohamed Azmin menjelaskan laporan yang disiarkan beberapa portal sebelum ini berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

"Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.


"Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Nama Mohamed Azmin antara yang disebut-sebut bakal mengalas jawatan timbalan perdana menteri dalam pentadbiran yang diterajui Ismail Sabri.

Sebelum ini Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan Kewangan dan menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Azmin juga pernah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika Pakatan Harapan menguasai kerajaan dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ramasamy pleads not guilty to 17 counts of breach ' 32 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Nahas FRU Tujuh Jenazah Selesai Disembahyangkan Di' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 12 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 12 mins ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat individu rentas sempadan secara haram ditaha' 36 mins ago