Translate

01 August 2021

Polis merakam keterangan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penganjuran majlis perkahwinan ketika PKP di Jalan Ampang, pada 27 Julai lalu




Anjur majlis perkahwinan di dewan ketika PKP, polis buka siasatan
ASTRO AWANI
Ogos 1, 2021 

Saralathan berkata, gambar majlis berkenaan menjadi tular di media sosial. - Gambar/ PDRM

KUALA LUMPUR : Polis telah merakam keterangan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penganjuran majlis perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah bangunan di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, terdahulu gambar majlis berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati, terdapat individu yang berkumpul tanpa penjarakan fizikal.


“Penganjur telah menyewa dewan tersebut daripada sebuah syarikat pengurus perkahwinan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Difahamkan, wanita berkenaan merupakan pengurus lokasi majlis dan polis akan turut memanggil kesemua individu yang terlibat dalam majlis tersebut.

Menurut Saralathan, siasatan polis menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dan disiasat mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 25 mins ago