PM Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Muhammad Aming
BERNAMA
26/8/2021
KUALA LUMPUR, 26 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Aming Salleh Abdullah, yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira 1.30 pagi ini.
Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya berkata, beliau pernah membuat hantaran tentang kanak-kanak itu di media sosial pada 23 Jan, semasa menjawat jawatan Menteri Kanan Keselamatan berkaitan nasihat yang disampaikan olehnya.
“Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi,” katanya menerusi hantaran itu.
Muhammad Aming, 8, sebelum ini popular dengan perkongsian video berbentuk nasihat di laman Facebook, yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat secara bersahaja dalam loghat Sabah.
Antara video yang mendapat perhatian adalah tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.