Translate

05 August 2021

Penyanyi Siti Sarah Masuk Hospital, Tahap Oksigen Menurun (Video)

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sedang mengandung tujuh bulan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Tahap oksigen menurun, Siti Sarah masuk hospital

Astro Awani
5/8/2021

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sedang mengandung tujuh bulan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas mengalami masalah tahap oksigen menurun pada petang Rabu.

Suaminya, yang juga pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memuat naik video Siti Sarah sedang dipeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital di laman Instagram.

"Doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan," kata Shuib.

Dalam pada itu, Siti Sarah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan anak dalam kandungan.

Siti Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu selepas dia dan keluarga disahkan positif COVID-19 pada 25 Julai lalu.

FOR MORE NEWS GO TO:



For A Better Viewing Experience Click Play On The Video & Rotate Phone To View In Landscape Mode







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED