Badrol Shah atau Bad redha dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19 |
Isteri pelakon Bad telah tiada
Astro Awani
26/8/2021
KUALA LUMPUR: Pelakon Badrol Shah atau Bad redha dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.
Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang dan Senario Pemburu Emas Yamashita turut berkongsi berita kematian isterinya menerusi hantaran di Instagramnya.
"Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19," katanya.
Isterinya disahkan meninggal dunia di HKL pada jam 8.15 pagi, hari ini.
"Kami semua sudah reda dan bersedia dengan segala kemungkinan," kata Bad seperti dilaporkan Harian Metro.
Allahyarham Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat meninggal dunia selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.
Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif COVID-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.
Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/isteri-pelakon-bad-telah-tiada-316174