Translate

25 August 2021

Kes Positif Covid-19 Di Indonesia Lepasi Angka 4 Juta

Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara. (AP pic)

Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 4 juta

BERNAMA
25/8/2021

JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta, selepas mencatatkan 19,016 kes baharu pada Selasa.

Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kes positif keseluruhan kini berjumlah 4,008,166, manakala jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 128,252 kes.

Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara.

Pemerintah Indonesia melanjutkan lagi pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bermula semalam sehingga 30 Ogos ini, yang membataskan pergerakan, aktiviti dan peraturan ketat berkaitan protokol kesihatan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin dalam siaran media menerusi Youtube Perekonomian RI, berkata Indonesia akan melaksanakan peraturan dan panduan ‘hidup bersama’ pandemik Covid-19.

Beberapa aspek, peraturan, protokol kesihatan yang lebih teratur dan lengkap akan digariskan bagi membolehkan semua aktiviti sosioekonomi, pendidikan, kegiatan keagamaan dan sebagainya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat ini.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED