Translate

02 August 2021

Daripada Jumlah 15,764 Kes Baharu Hari Ini (2 Ogos 2021) 15,478 Tidak Bergejala atau Bergejala Ringan

Daripada jumlah 15,764 kes baharu hari ini (2 Ogos 2021):

- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 87 kes, 0.5% (97.7% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 64 kes, 0.4% (73.4% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 135 kes, 0.9% (63.7% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 6,695 kes, 42.5% (64.5% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 8,783 kes, 55.7% (87.7% tiada sejarah vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
 
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 1.8% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (76.2% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.2% kes pada kategori 1 dan 2 (77.67% tiada sejarah vaksinasi).

 Didapati 77.64% kes yang baharu didiagnosa COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED