Translate

11 August 2021

#Covid-19 Malaysia Overview: New Deaths- 211 | New Cases- 20,780 | Total - 1,320,547 | Active - 233,358








Kenyataan Akhbar KPK 11 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,973 kes (1,075,816 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 20,780 kes (1,320,547 kes kumulatif);
  • Kes import : 15 kes (5 warganegara, 10 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 20,765 kes [17,383 warganegara (83.7%);  3,382 bukan warganegara (16.3%)];
  • Kes aktif : 233,358 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,053 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 546 kes;
  • Kes kematian : 211 kes [11,373 kes kumulatif, 0.86%; 184 warganegara, 27 bukan warganegara; 16 kes BID (10 warganegara; 6 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 4,034 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 31 kluster; 
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,776 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,258 kluster.

Daripada 20,780 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 400 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,380 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 5,138 kes (24.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 211 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 79 kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Kedah, 16 kes di Johor, 13 kes di Sabah, masing-masing lapan (8) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing tujuh (7) kes di Pulau Pinang dan Perak, enam (6) kes di Melaka, serta lima (5) kes  di Pahang.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 10 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 10 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.37) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES JANGKITAN COVID-19 YANG TERUK (SEVERE COVID-19 INFECTION) DALAM KALANGAN IBU HAMIL DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil, mengambilkira golongan ini adalah kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk, selain individu yang mempunyai komorbid dan warga emas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ibu hamil lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan memerlukan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bantuan pernafasan (invasive ventilation) berbanding wanita yang tidak hamil. Jangkitan COVID-19 tahap yang lebih teruk kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia. Dianggarkan hampir 1% ibu hamil di Malaysia dijangkiti COVID-19. Jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober 2020, dengan purata 200 kes jangkitan sebulan di mana lonjakan kes dapat dilihat pada Mei 2021 (sebanyak 850 kes) dan Jun 2021 (sebanyak 899 kes). Tren peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Malaysia secara keseluruhan (Rujuk Graf 1).

Peratus ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 yang menerima penjagaan rawatan rapi telah meningkat dari 3% pada 10 Julai 2021 kepada 5.3% pada 7 Ogos 2021. Analisa terperinci menunjukkan nisbah kes ibu hamil dijangkiti COVID-19 yang menerima rawatan rapi berbanding jumlah pesakit COVID-19 kritikal ialah 1 dalam 20. Nisbah ini jauh lebih tinggi berbanding nisbah jangkitan ibu hamil dalam populasi umum iaitu 1 dalam 220.

Sehingga 9 Ogos 2021, sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19 telah dilaporkan berbanding tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan pada tahun 2020. Bagi tahun 2021, purata kes COVID-19 bagi bulan Januari 2021 sehingga bulan Mei 2021 adalah sebanyak 2 kes pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kes kematian mendadak dilaporkan sejak bulan Jun 2021 iaitu sebanyak 17 kes kematian. Data menunjukkan 2 kes daripada jumlah tersebut telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes yang lain tidak menerima vaksin COVID-19. Berdasarkan maklumat sediada, sebanyak 47% dari kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbid.

Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin COVID-19, sejak kempen ibunisasi dimulakan pada akhir Jun 2021. Daripada jumlah tersebut, seramai 83,251 (57 peratus) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 20 peratus ibu hamil telah lengkap menerima 2 dos vaksin. Berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40 peratus. 


Graf 1 : Bilangan Dan Kematian COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil/Postnatal Daripada Mac 2020 Sehingga Jun 2021

Sumber:  CPRC Perkhidmatan Hospital

Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. KKM menyeru semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti COVID-19. Para suami mestilah memberi sokongan kepada pasangan bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19. Pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ketiga. Ibu hamil yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat bagi mempercepatkan proses janji temu.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti diambil oleh ibu hamil dan ahli keluarga;

  1. Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
  2. Amalkan norma baharu serta mematuhi standard operating procedure (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
  3. Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah;
  4. Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin;
  5. Sekiranya telah disahkan positif COVID-19, semua ibu hamil, termasuklah yang tidak bergejala, mesti hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) untuk menjalani penilaian oleh doktor. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan;
  6. Sekiranya ibu hamil berada di rumah dan gejala bertambah teruk, ibu perlu segera ke klinik atau CAC berdekatan; dan
  7. Jika berlaku kecemasan, boleh hubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan. Ibu hamil atau ahli keluarga boleh juga menekan butang SOS di aplikasi MySejahtera jika bantuan segera diperlukan.

Akhir sekali, KKM menyeru sekali lagi agar semua ibu hamil untuk berdaftar dalam MySejahtera dan mengambil vaksin COVID-19 kerana pengambilan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencegah ibu hamil dari mendapat jangkitan yang teruk.

Perincian bilangan ibu hamil/postnatal yang dijangkiti COVID-19, bilangan kematian ibu hamil disebabkan komplikasi  jangkitan COVID-19, serta liputan vaksin COVID-19 dalam kalangan ibu hamil adalah seperti di Lampiran 7 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARIKADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,897102.76,921 (11)485,014
WP KUALA LUMPUR2,019105.72,065 (3)146,410
KEDAH1,32558.41,53461,290
JOHOR1,19630.51,693104,721
SABAH1,16528.81,51497,979
NEGERI SEMBILAN91678.81,01581,571
KELANTAN84543.11,28452,661
PULAU PINANG84046.51,38555,404
PERAK71527.482846,640
SARAWAK60620.8634 (1)83,387
PAHANG51629.558530,853
MELAKA48850.263637,158
TERENGGANU43933.961322,188
WP PUTRAJAYA6569.1414,661
PERLIS155.729887
WP LABUAN1211.439,723
MALAYSIA18,06352.820,7801,299,767

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,780 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,9211933,298113,419
WP KUALA LUMPUR2,0651211,0433898
JOHOR1,693448929316
KEDAH1,53471854609
SABAH1,514118925471
PULAU PINANG1,38565424896
KELANTAN1,284317652315
NEGERI SEMBILAN1,0157613395
PERAK82883380365
MELAKA636234259143
SARAWAK634774261130
TERENGGANU61317634295
PAHANG585127317141
WP PUTRAJAYA41338
PERLIS2961211
WP LABUAN312
JUMLAH KESELURUHAN20,7802,04310,508158,214

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina  Jalan AnggunTempat KerjaJohorJohor Bahru218325
2Jalan Rami EmpatTempat KerjaJohorMuar37184
3Jalan Tembaga EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru15201
4Jalan Ekoperniagaan SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru735
5Jalan Kebun SultanTempat KerjaKelantanKota Bharu1020
6Industri Kampung TelekongTempat KerjaKelantanKuala Krai17121
7Seksyen Lapan  Jalan Pintu PongTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Tumpat1420
8Industri Solar ValleyTempat KerjaMelakaAlor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin1381,056
9Industri Jalan PBR SatuTempat KerjaMelakaMelaka Tengah124132
10Industri  Muadzam ShahTempat KerjaPahangRompin24242
11Lorong Mak Mandin TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara22381
12Batu 27 SookTempat KerjaSabahKeningau55136
13511 SentosaTempat KerjaSarawakKuching14112
14Industri Lorong PetaiTempat KerjaSelangorKlang88296
15Industri Bukit NagaTempat KerjaSelangorKlang50151
16Industri Batu Sembilan KaparTempat KerjaSelangorKlang22297
17Jalan GangsaTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras2351
18Jalan Helang  BelalangTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong2042
19Taman Puteri KluangKomunitiJohorKluang851,204
20Kampung Lela JasaKomunitiKelantanKuala Krai35109
21Kampung Kual GunongKomunitiKelantanBachok2845
22Kampung Batu Lapan KadokKomunitiKelantanKota Bharu2532
23Lorong Taman NikKomunitiKelantanKota Bharu1424
24Kampung KuchelongKomunitiKelantanBachok1323
25Taman IhsanKomunitiKelantanPasir Mas69
26Kampung Tanjong BakoKomunitiSarawakKuching2461
27Braang PayangKomunitiSarawakKuching2736
28Air ManisKomunitiSelangorSabak Bernam1652
29Kampung Gelam MasKomunitiTerengganuBesut38384
30Dah Persiaran SPKumpulan  Berisiko TinggiKedahKuala Muda47122
31Jalan Dikon TigaKumpulan  Berisiko TinggiJohorKluang18130


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 10 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.37
KELANTAN1.21
SABAH1.16
PERAK1.15
SARAWAK1.14
TERENGGANU1.14
KEDAH1.13
PULAU PINANG1.12
PAHANG1.10
JOHOR1.09
NEGERI SEMBILAN1.06
WP KUALA LUMPUR1.04
SELANGOR1.02
MELAKA1.01
WP PUTRAJAYA0.98
WP LABUAN0
MALAYSIA1.07

LAMPIRAN 7

Jadual 1: Data Bilangan Ibu Hamil/Posnatal Yang Dijangkiti COVID-19 Berbanding Kes Keseluruhan; Malaysia Mac 2020- Julai 2021

BulanBilangan Ibu Hamil/Postnatal yang Dijangkiti COVID-19 Bilangan Kes Keseluruhan Jangkitan COVID-19Peratus (%)
Mac 2020232,7370.84
April 2020243,2360.74
Mei 202081,8170.44
Jun 202038200.37
Julai 202021,1570.17
Ogos 202043641.10
September 202091,8840.48
Oktober 202016220,3240.80
November 202019034,1490.56
Disember 202021347,3130.45
Januari 2021404101,9490.40
Februari 202126485,7930.31
Mac 202114344,7480.32
April 202119863,2130.31
Mei 2021850163,6440.52
Jun 2021899179,6220.50
JUMLAH3,396752,7700.45

Sumber :

  1. Data Bilangan Kes COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil/Postnatal adalah dari reten bulanan oleh JKN
  2. Data Bilangan Kes COVID yang dilaporkan – CPRC Kebangsaan, KKM

Jadual 2 : Data Bilangan Kematian Ibu Hamil Disebabkan Komplikasi  Jangkitan COVID-19; Malaysia Januari 2021 – 9 Ogos 2021

BulanBilangan kematian ibu hamil disebabkan komplikasi  jangkitan COVID-19
Januari 20212
Februari 20211
Mac 20210
April 20212
Mei 20212
Jun 202117
Julai 202129
Sehingga 9 Ogos 202117
JUMLAH70

  Sumber : Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga , KKM

Jadual 3 : Data Liputan Vaksin COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil, Sehingga 8 Ogos 2021

NegeriBil. Mendaftar Dalam MysejahteraBil. Terima Sekurang-Kurangnya 1 DosBil. Janji Temu Diberi% Menerima Vaksin (Sekurang-Kurangnya 1 Dos)% Menerima Vaksin & Janji Temu
WP K.Lumpur13,5259,2632,2646885
Selangor40,85927,6592,7686874
N.Sembilan6,0173,7636536373
WP Labuan392252316472
Sarawak8,0645,3973786772
WP Putrajaya1,145723636369
Melaka5,3093,2583096167
Johor19,4939,1773,5704765
Kedah9,2215,2511795759
Pahang6,6853,663665556
Pulau Pinang7,6584,0052505256
Perlis1,102552605056
Sabah6,9962,3831,2163451
Terengganu6,0852,6951184446
Perak8,6513,2922903841
Kelantan5,5571,9181333537
Malaysia146,75983,25112,34857%65%

Sumber : MySejahtera, CPRC Kebangsaan KKM


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED