Translate

05 August 2021

#Covid-19 Malaysia Overview 5 August: RECORD HIGHEST EVER New- 20,596 | Deaths- 164 | Total- 1,203,706

Kenyataan Akhbar KPK 5 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 13,893 kes (976,626 kes kumulatif, 81.1%);
  • Kes baharu : 20,596 kes (1,203,706 kes kumulatif);
  • Kes import : 34 kes (7 warganegara, 27 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,562 kes [17,021 warganegara (82.8%);  3,541 bukan warganegara (17.2%)];
  • Kes aktif : 217,061 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,078 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 549 kes;
  • Kes kematian : 164 kes (10,019 kes kumulatif, 0.83%; 150 warganegara, 14 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,829 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 33 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,652 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,177 kluster.

Daripada 20,596 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 398 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,198 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,660 kes (22.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 164 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 45 kes di Selangor, 27 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, 10 kes di Perak,  masing-masing sembilan (9) kes  di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing dua (2) kes  di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes  di Kelantan dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 4 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR8,549 (5)442,574
WP KUALA LUMPUR2,163 (11)133,588
JOHOR1,300 (13)96,687
SABAH1,06289,910
SARAWAK759 (4)79,522
NEGERI SEMBILAN98975,767
KEDAH1,44652,103
PULAU PINANG1,02249,939
KELANTAN77246,695
PERAK916 (1)41,665
MELAKA62234,153
PAHANG42627,199
TERENGGANU50119,213
WP LABUAN159,698
WP PUTRAJAYA504,237
PERLIS4756
JUMLAH KESELURUHAN20,596 (34)1,203,706

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Warisan TropikaTempat KerjaSelangorSepang143280
2Industri Teratai LapanTempat KerjaSelangorKlang51155
3Jalan Batu CavesTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor48150
4Industri Jalan AmanTempat KerjaSelangorKuala Selangor41117
5Industri Persiaran Kuala LangatTempat KerjaSelangorPetaling170306
6Jalan Dagang MasTempat KerjaSelangorSepang1021
7Tapak Bina Jalan Perigi LapanTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling3842
8Industri Simpang BabaTempat KerjaJohorMuar4364
9Industri Jalan Nanas TigaTempat KerjaJohorPontian34209
10Perindustrian Sri Plentong 2Tempat KerjaJohorJohor Bahru20105
11Industri Mega SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru10212
12Industri Lot 26Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin3687
13Industri Plot LapanTempat KerjaMelakaMelaka Tengah31607
14Jalan Debunga SatuTempat KerjaMelakaJasin2450
15Solok Perusahaan TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah122164
16Tapak Bina Presint Tujuh 2Tempat KerjaWP PutrajayaPutrajaya1622
17Jalan Bukit LataTempat KerjaKelantanPasir Mas1520
18Kuala Balah JeliTempat KerjaKelantanJeli2755
19Kampung Tok Jawa TawangKomunitiKelantanBachok, Kota Bharu, dan Machang2339
20Batu Balai Kuala KraiKomunitiKelantanKuala Krai2227
21Jalan Masjid Kok LanasKomunitiKelantanKota Bharu1625
22Chiku Gua MusangKomunitiKelantanGua Musang1319
23Kampung TakangKomunitiKelantanBachok1036
24Padang Chenok SalorKomunitiKelantanKota Bharu813
25Kampung Bintawa UluKomunitiSarawakKuching72125
26Kampung Sebat MelayuKomunitiSarawakLundu39141
27Kampung SembanKomunitiSarawakKuching2427
28Nanga SerenggasKomunitiSarawakTatau1963
29Dah Kampung ChichakKomunitiKedahSik1730
30GunturKomunitiNegeri SembilanKuala Pilah1233
31Dah Pagar KuahPusat TahananKedahLangkawi36112
32Bukit Palah 2Kumpulan Berisiko TinggiMelakaAlor Gajah, Jasin, dan Melaka Tengah2794
33Tembok Bendera 2Pusat TahananPerakKinta1738


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 4 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
KELANTAN1.31
TERENGGANU1.26
PERAK1.22
PAHANG1.22
PULAU PINANG1.19
SABAH1.17
KEDAH1.16
JOHOR1.14
WP KUALA LUMPUR1.13
SARAWAK1.11
SELANGOR1.08
WP PUTRAJAYA1.08
MELAKA1.06
NEGERI SEMBILAN0.94
PERLIS0
WP LABUAN0
JUMLAH KESELURUHAN1.07

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED